Terengganu Darul Iman .... sebuah negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia.Rasa teruja sangat nak bercuti ke pantai timur sebab ini merupakan kali pertama nak ke sana. Awal-awal dah google siap-siap tempat penginapan dan lokasi-lokasi menarik yang harus di kunjungi.

Akhirnya tarikh yang di tunggu-tunggu muncul jua.Kami sekeluarga bertolak awal pagi memandangkan perjalanan  yang di jangka memakan masa yang panjang.Setelah melalui tempoh perjalanan lebih kurang 6-7 jam dari Kuala Lumpur, Alhamdulillah sampailah kami untuk check-in di Angullia Beach House Resort,Marang,Terengganu.

Resort ni memang menarik dengan pelbagai jenis chalet berbeza saiz dan harga.Permandangan sekitarnya pun cantik sangat menghadap ke pantai persendirian.Ini kali pertama kami melihat deruan ombak yang amat kuat dan tinggi memandangkan ianya pada musim tengkujuh.Pihak resort tidak membenarkan sebarang aktiviti di pantai.

  Sekitar Angullia Beach House Resort ,Marang:



Malam tu, kami pusing-pusing bandar Kuala Terengganu sambil tunggu adik sampai dari Penang.Janji nak jumpa kat Masjid Kristal, mujurlah dengan bantuan saudara GPS memudahkan kami mencari lokasi-lokasi yang ingin di kunjungi.Sempat solat Maghrib berjemaah kat Masjid Kristal yang sungguh cantik seni binanya.

Awal pagi kami cari sarapan kat sini tapi semuanya menu pantai timur yang bercitarasa manis-manis belaka.Nak buat macam mana ibarat kata orang- masuk kandang kambing mengembek masuk kandang rimau mengucaplah.....

Syukur Alhamdulillah percutian kat sini selama 3 hari 2 malam amat menyeronokkan kami semua.Hampir semua lokasi menarik di Kuala Terengganu sempat kami kunjungi seperti Muzium Negeri yang tersergam indah, Taman Tamadun Islam yang mempamerkan monumen monumen dunia,membeli belah di Pasar Payang hingga rambang mata,makan dan beli keropok lekor di Losong dan sekitar Pantai batu Buruk.

Jalan-jalan Kuala Terengganu:



Sememangnya Terengganu sebuah destinasi pelancongan yang harus dikunjungi kerana banyak tempat-tempat yang indah dan senibina masjid yang cantik-cantik terdapat di sepanjang jalan.Ciri-ciri keislaman amat ketara di sana dengan nama-nama jalan turut di sertakan tulisan jawi.Insyaallah jika dizinkanNya ,suatu hari nanti kami ingin ke sana lagi.Amin.

0 Comments