White & Black Cafe, Taman Tasik Titiwangsa, KL
Birthday Adik Ika tahun ni betul-betuk ketika kami sedang di uji dengan kehilangan. Sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran Adik Ika, abah kak ana meninggal dunia di kediaman kak ana. Allahyarham Abah datang ke rumah kak ana untuk 5 hari kerana adik kak ana, ada hari sukan jabatannya di Johor.
Alhamdulillah semuanya telah di permudahkan Allah swt dan urusan pekebumian di lakukan di kampung halaman kami di Teluk Intan pada tarikh hari lahir Adik Ika. Hanya seminggu selepas itu baru lah kami dapat meraikannya.

Ada beberapa restoran dan cafe yang kak ana pilih untuk kami dine-in sempena birthday Adik. Adik Ika tak berapa sangat untuk makan menu makanan Melayu tetapi dia suka western dan Japanesse . Akhirnya kak ana dan suami decided untuk lunch di White & Black Cafe, Taman Tasik Titiwangsa, KL .
Ini kerana kak ana dan suami telah pun berada di sekitar KL kerana teman urusan kerja ayahnya, dan Adik datang bersama Luq dari rumah. Kami janji jumpa di White & Black Cafe, Taman Tasik Titiwangsa, KL .
White & Black Cafe, Taman Tasik Titiwangsa, KL
Cafe ini terletak di tengah-tengah Taman Tasik Titiwangsa, KL dan mempunyai pemandangan mengadap tasik. Ada dua pilihan seating area sama ada berhawa dingin di dalam atau pun ruang teduh berbumbung di hadapan tasik. Kami pilih duduk outdoor untuk menikmati pemandangan Taman Tasik Titiwangsa.
White & Black Cafe, Taman Tasik Titiwangsa memiliki sijil Halal Jakim dan korang boleh semak di internet untuk lebih kepastian. Lagipun cafe ni menyajikan sajian western kesukaan Adik Ika. Meh kak ana share apa yang kami makan tenghari tu untuk meraikan hari lahir Adik Ika.
![]() |
| spaghetti mushroom with salmon |
Pilihan birthday girl hari tu adalah one of her favourite dish iaitu ikan salmon. Sebab dia tengah on diet katanya, Adik pilih spaghetti mushroom with salmon . Harga untuk menu ini RM45. Ia merupakan gabungan masakan aglio olio cendawan yang di hidangkan bersama sepotong ikan salmon yang di panggang .
Menu di atas ni pula pilihan Luq, kak ana tak jumpa pula dalam carian menu di internet webside cafe ni apa nama menu dan kalau tak silap kak ana chicken mushroom . Di hidangkan bersama garden salad dan mushroom gravy.
![]() |
| chicken grill |
Suami kak ana pilih menu chicken grill yang juga di hidangkan dengan garden salad dan sos black pepper. Menu ni berharga RM 30 . Paling kak ana suka dengan garden salad di White & Black Cafe ni adalah hirisan radish serta taburan bijian markisa atau passion fruits yang memberi kelainan pada rasa salad .
Kak ana dah lama mengidam nak makan fish & chips dan dalam menu nampak ada, kak ana try lah set fish & chip kat sini yang berharga RM35 . Di hidangkan tempura ikan bersama mix salad dan tartar sauce serta hirisan lemon untuk memberi rasa pada menu. Untuk minuman kami pilih Ice Lemon Tea dan jus oren. Tak ada ambil yang fancy-fancy .
Review jujur kak ana, menu sangat premium dari segi rasa setandinglah dengan harga. Pemandangan mengadap tasik dan persekitaran juga agak tenang hujung minggu dan kebanyakan yang datang makan untuk keraikan masing-masing.
Staff pun baik hidangan sampai ada yang awal dan ada juga yang ambil masa khasnya salmon grill tu, mungkin ambil masa dari penyediaannya. Overall kak ana bagi 8/10 .. Sekali sekala agak berbaloi juga dan selepas makan boleh lah kayuh basikal keliling tasik atau briskwalk kan...




0 Comments