Kali ini ana nak kongsi pengalaman makan ikan bakar kat Pantai Jeram ,Kuala Selangor.Kami pakat pegi dengan jiran-jiran dalam 20 orang gak lah.Sebelum pegi dah Google siap-siap tentang tempat ni.Banyak komen-komen yang agak negatif tentang tempat ni melalui blog-blog yang ana baca.Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta , so kami pegi jugaklah untuk mencuba sendiri pengalaman kat sini.

Kami bertolak dari Rawang dalam kul 5.30 petang melalui Lebuhraya Latar hingga ke exit keluar Ijok.Dari situ teruskan perjalanan susur kiri hingga simpang tiga Kuala Selangor-Kelang.Kami belok ke kiri arah Kelang.Teruskan perjalanan hingga sampai ke pekan Jeram selepas balai polis ada trafik light ke kanan sampailah ke Pantai Jeram.Ada papan tanda kat sana untuk memudahkan perjalanan anda semua sebab kami ikut encik GPS je.

Sampai sana hari masih cerah lagi jadi sempatlah menikmati permandangan Pantai Jeram.Kereta memang dah banyak dah jadi kena cepat-cepat buat pilihan nak makan kat kedai mana.Kat sini ada dua-tiga tempat makan ikan bakar tapi yang paling popular di Aroma Ikan Bakar.Tempat duduk memang banyak tapi kalau lambat memang tak dapat sebab orang punyalah ramai.Kami di offer oleh salah seorang pelayan kat situ untuk duduk di dalam salah sebuah pondok kira makan bersilalah.Memang cantik pondok tu cuma kena extra bayaran RM20,kalau yang kecil sikit saiznya RM10.Dah bawa rombongan kenalah ambil yang RM20 tu.Tapi permandangan memang cantik mengadap laut.







Nak cerita pasal menu kat sini macam-macam ada, kita kena pilih makanan laut,timbang dan order.Ikutkan komen-komen dari orang-orang yang terdahulu sampai sini memang kena tunggu lama untuk dapat makanan,  kami pun kena tunggu dalam 2 jam baru sampai order tapi kena fahamlah sebab memang ramai pelanggan kat sini.Mungkin sebab kami datang dalam kumpulan yang ramai jadi taklah terasa lama menunggu sebab masing-masing berbual sakan.Masuk waktu Maghrib disini ada di sediakan sebuah surau yang sederhana saiznya.Lupa pula nak kongsi menurut pelayan yang ramah melayan kami ni kalau nak cepat order kena buat tempahan dulu baru lebih senang dan cepat,katanyalah.Ini no telefon yang ana dapat dari FB Aroma Ikan Bakar - 03-3264 6102 @ 012-236 2467.Okay lain kali kita buat tempahan.

Harga makanan disini agak berbaloilah dengan bilangan kami yang ramai ni makan macam-macam hidangan seperti tomyam,ikan pari bakar ,ikan bawal 3 rasa,kailan goreng,kerang bakar ,cencaru bakar dan air jus oren 1 jug dan setiap juadah untuk 4 hidangan jumlah keseluruhan dalam RM320.Nasiblah ramai taukehnya so kami tong-tong je.Satu  yang ana nak puji kat sini air asam dia memang best dan makanan pun agak sedaplah sebab makanan laut disediakan semuanya masih segar-segar dari laut.So sesiapa yang nak cuba bolehlah buat tempahan dahulu untuk keselesaan anda semua dan pastikan poket agak kembung sikit.



0 Comments