Pelangi...satu lagi keindahan ciptaan Tuhan yang tak dapat di tafsirkan begitu cantik dan amat sempurna sekali.Tanpa dapat disentuh namun jelas terlihat dengan melengkung di atas bumiNya dengan hamparan warna-warni yang kompleks.Itulah pelangi....

Menurut wikipedia pelangi merupakan fenomena optik dan meteologi yang menghasilkan spektrum cahaya selanjar di langit dan apabila matahari bersinar semasa hujan turun.Kena belajar sains semulalah nampaknya baru boleh faham.Namun untuk insan-insan seperti ana ni cukuplah memahaminya sebagai salah satu dari kesempurnaan Ilahi untuk mengisi keindahan muka bumiNya.

Dalam sains juga menyatakan ia merupakan satu lengkungan yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam.Urutan warnanya pula ialah Merah,Jingga,Kuning,Hijau,Biru,Indigo dan Ungu.Anak ana bagitau tadi kalau nak hafal warna pelangi Cikgu Sains dia ajar Micheal Jackson Keluar Hutan Bawa Isi Ubi....macam-macam teknik untuk menghafalkan.

Menurut wikipedia lagi pelangi dihasilkan apabila cahaya matahari terbias melalui titik air di udara oleh sebab itu ia selalu dilihat selepas hari hujan dan kembali panas.Ia berbentuk lengkung kerana titisan air diudara berbentuk spera.Seperti penerangan melalui rajah dibawah dari website wikipedia tersebut, bolehlah anak-anak menggunakannya sebagai bahan rujukan sekiranya perlu.


Seterusnya kita juga boleh mencipta pelangi dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.
Sekarang ana nak kongsikan disini beberapa permandangan indah di hiasi pelangi dari imej-imej ehsan Google.Indahnya ciptaan Tuhan.

















Rujukan :wikipedia.org/wiki/pelangi & pseudosains.blogspot.com
Imej : Google Image



0 Comments