Bernostalgialah pula ana kali ini...tiba-tiba teringat waktu kanak-kanak dahulu ketika balik kampung ke rumah arwah tok dan opah , waktu itu belum ada bekalan elektrik sekitar awal 1980-an..Hanya berbekalkan cahaya dari sumber bahan api utama waktu itu iaitu minyak tanah...

Sebagai lampu utama yang digunakan di ruang rumah adalah lampu gasoline..cap Butterfly..menggunakan minyak tanah sebagai bahan bakarnya,mempunyai mentol dari jenis kain ,ana tak pasti dari bahan apa tetapi memang cerah menyala cahayanya..nostalgia sangat bila diingatkan kembali...sekarang memang masih boleh dilihat atau dibeli cuma telah digantikan dengan sumber elektrik sepenuhnya...

kredit foto:ozzy2u.blogspot.com

Selain itu ada juga lampu kabait atau dari bahan bakar kabait menurut panggilan orang dulu-dulu...selepas mengGoogle ana dapati ada juga yang memanggil karbit..Ianya seperti sebuah tin dimana diisi dengan beberapa bungkah karbit dan diisi dengan air..kemudian ia akan menyala pada batang sumbunya...ana tak pasti sangat proses yang digunakan kerana pada waktu dan ketika itu masih kanak-kanak dan tak ambil tahu pun..yang ana ingat rupa bentuknya sahaja...

Foto:mudah.my

Jika untuk ruang yang kecil macam bilik pula biasanya arwah opah menggunakan pelita nyonya minyak tanah..pelita ini mempunyai kaca sebagai dinding dari sinaran terus sumbunya...mungkin agak selamat digunakan kerana jika ditiup angin pun tidak boleh menyemarakkan apinya..tetapi memang ada gambar nyonya yang cantik-cantik sebagai hiasan panelnya...

foto:mudah.my

Akhirnya pelita katak atau pelita minyak tanah biasa yang bersumbu dan awas memang berjelaga...biasa di gunakan di dapur-dapur dan kini lazimnya dijadikan pelita panjut pada musim perayaan Hari Raya...cuma kini banyak yang di buat daripada plastik...jika dahulu ia di buat dari tin-tin terpakai....

Google Image
Sekadar catatan nostalgia dari ana ...kerana fakta yang ana sampaikan mungkin tidak benar .ianya dari sekitar perjalanan pengalaman peribadi ana sahaja...

1 Comments

  1. salam sis...owh yang pelita gambar nyonya tu saya ingat lagi,atok selalu pasang masa saya duduk kat muar,kecil2 dulu.cukup suka pasang pelita sebab boleh main bayang2 sementara tunggu mata mengantuk.cuma tak tahan bau minyak tanah dan asap tu je huhu....

    ReplyDelete