Siapa tak kenal buah durian..raja segala buah menurut sesetengah pendapat...Hujung minggu lepas ana berkesempatan balik ke kampong mertua di Kuala Lipis, Pahang yang ketika ini musim buah-buahan..Adik ipar panggil balik untuk ambil buah-buahan dan paling utama nak makan buah durian.. Ia memang kesukaan suami dan anak-anak ana kecuali tuan punya diri yang memang tidak gemar makan buah durian ini walaupun ana anak jati Perak...Ana hanya akan masakkan dan buat juadah dari durian tapi kurang gemar untuk makan tetapi kalau tempoyak berkenanlah pula..macam-macam kisah hidup kita ni kan...

Terpanggil nak buat satu entri khas pula untuk buah durian ni , maka hari ini ana Google beberapa keping gambar dari rakan-rakan di Google Image untuk menambahkan keceriaan pada entri kali ini,terima kasih banyak-banyak...

Makan begitu sahaja;

Google Image
Ada bau tak??memang buah durian ini akan dimakan mentah begitu sahaja oleh kebanyakan dari kita tanpa mengira usia dan kaum..Namun baunya yang semerbak itu juga membuatkan ada dikalangan kita yang tidak begitu menggemarinya...Lihat pada baka durian ada yang memang lemak manis dan ada juga yang tak berapa enak..kena tanya pada yang pakar tentang rasa durian ni..

Campuran dalam bubur:

Google Image

Khasnya dan paling popular dikalangan kita masyarakat Melayu semestinya bubur kacang hijau...membangkitkan aroma durian dan memang sedap kombinasinya..Namun ana pernah juga makan bubur pulut hitam di campur dengan isi durian ini dan pastinya dalam pelbagai versi bubur-bubur di Malaysia ni..

Sebagai inti kuih dan aroma dalam kuih-kuih tradisional: 

kredit : nurniezza.blogspot.com

Salah satu yang paling digemari ialah inti ketayap dengan rasa durian..Seringkali inti yang dicampur durian ini lebih kepada inti kelapa dengan gula merah seperti pulut inti,inti badak berendam dan sebagainya..Ada diantara kita juga yang menambah perisa asli durian ini ke dalam kuih tradisional seperti kuih cara manis,bingka,wajik dan lain-lain lagi..ikut selera masing-masing dan kreativiti sendiri...

Kuah Durian:

kredit:hadrawilin.blogspot.com
Sesetengah orang panggil santan durian, gabungan santan pekat , gula dan isi durian bersama daun pandan dimasak atas api perlahan...ana sempat menyediakan juadah ini namun tidak terfikir pula untuk mengambil gambarnya, jadi ana pinjam dari rakan blogger sahaja...Lazimnya ia di makan dengan pulut,lempeng atau roti jala atau nak senang cicah roti biasa pun boleh...manis dan lemak rasanya...

Durian crepe:

kredit:izahdaut.blogspot.com
Paling trending  dan jadi kesukaan ramai pada ketika ini...menggunakan campuran tepung,susu atau santan dan ramuan lain di adun menjadi batter untuk dijadikan crepenya...bolehlah cari di blog-blog masakan masa kini untuk resepinya...Isinya pula kombinasi whipcream dengan isi durian segar..suatu juadah moden yang sangat menarik...

Ais krim durian:

Google Image




Terdapat banyak dipasaran pada masa kini samada dalam bentuk aiskrim potong atau yang biasa..ada rasa durian dan sangat digemari kanak-kanak dan tak kurang juga yang dewasa...macam-macam ada..namun ianya cuma mengandungi perisa durian sahaja..

Lempok durian:

www.merdeka.com
Sangat tradisi..lempuk durian ini seperti dodol yang mana ianya dikacau di atas api sehingga keras dan pekat dan boleh disimpan dalam jangka masa yang lama..seringkali kita akan mencampurkannya kedalam juadah apabila diperlukan pada luar musim durian..mungkin beginilah cara orang-orang dahulu menyimpan perisa durian agar tahan lama....



Tempoyak:

kredit to rakan ana :noormalashahar.com.my
Akhirnya yang ana kongsikan berdasarkan pengalaman ana ialah tempoyak...orang-orang Perak memang popular dengan campuran masakan berasaskan tempoyak begitu juga dengan rakan dan jiran-jiran ana dari Pahang dan Negeri Sembilan...ada yang masak lemak cili api tempoyak,asam rebus tempoyak dengan ikan patin,masak pucuk ubi dengan petai dan tempoyak dan seribu satu jenis lagi..paling best sambal tempoyak cicah dengan ulam-ulaman segar...Ini antara makanan 'expired ' orang Melayu selain budu,cencalok,belacan dan sebagainya...Isi durian di peram untuk dijadikan tempoyak...



Setakad ini sahaja perkongsian ana tentang buah durian..berdasarkan pengetahuan ana sahaja..cuma yang belum pernah ana rasa ialah jus durian...bukan durian belanda tetapi durian asli ni,kalau ada mungkin boleh cuba suatu hari nanti..



22 Comments

  1. Eheheheh.sygnya saya tak geti makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak geti atau tak pernah makan macikz konah : memang ramai yang tak gemar makan durian ni..masing-masing punya citarasa sendiri...tq singgah sini.

      Delete
  2. salam sis.macam officemate dia orang perak,patutnya suka durian..tapi dia tak reti makan durian yang buah tu.cuma makan kalau durian tu dah dimasak dalam bubur kacang hijau ke,kuah durian ke.dodol ke he3..

    lempuk,tu memori dengan arwah atok.tiap2 bulan mesti beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aLeaSara darling: memang bukan semua orang gemar makan durian ni..terpulang pada selera masing-masing... semoga memori bersama arwah atok aLea akan segar dalam ingatan..

      Delete
  3. perghhhhh ! terliur , dekat u , rasa mcm nk beli buah durian kat pasar malam , kopek dalam bilik .. masak lemak tempoyak ikan patin . buah durian kalau makan time musim hujan ok la ,kan sebab buah tu buat badan jadi panas la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke macam tu nurul hidayah :memang kalau makan berlebihan badan akan agak panas kan..kena minum air banyak-banyak..

      Delete
  4. best ais krim tu... :)
    *done follow sini anajingga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq efatin eman: semoga dpt berkongsi kisah di alam cyber

      Delete
  5. Kuah durian tu makan dengan pulut, nom..nom..nom.. sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  6. Sejak dah dewasa sikit ni, sy dah kurang makan durian ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ana suka makan cuma tak tahan aromanya yg menusuk kalbu tu..

      Delete
  7. Replies
    1. sedap..pernah cuba sekali kurang gebu jadinya..akan cuba lagi utk anak2..

      Delete
  8. holla anajingga! thanks sudi dtg blog cx. cx dtg terjah. hihi. pgl cx sajo lps ni okay. ssh ke nak eja? hahah CX + Opportunities (peluang) haa.. hihi. okaylah, for this entry, cx suka semua yg berkaitan durian. tempoyak is the best larh. huhu. cuma durian cake je yg cx blm rs. hihi :) anyway, thanks!

    ReplyDelete
  9. saya peminat tegar durian tau kak.. suka sangat2 makan durian.. tp kalau durian yg org buat masakan tu mg sy tak boleh langsung nak telan. tp durian screep suka sangat2 hehe.

    haritu lepas berpantang sy order durian creep dr kawan sampai 10 box hahahha

    ReplyDelete
  10. <--- makan raw, aiskrim berperisa dan chip berperisa durian jer yg boleh pi. selain tu, mmg eeeuwwww. tak boleh mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kopi pasta singgah di anajingga..great..samalah ana pun kurang sikit raw durian ni..

      Delete
  11. skang ni dekat chatime pon ade perisa durian..hehe..
    ana,selamat berkenalan yeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. fashah amira : ada bau ye... hehehe... salam perkenalan buat fashah amira jua..

      Delete
  12. Mmg bestlah klau dpt durian time gini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni macam bukan musim dia kut..di pahang dah habis musim di kg ana perak baru berputik...tq ZakiRasli Blogz..

      Delete