Selain daripada pelbagai makanan yang unik dan terkenal di Kuala Selangor ni seperti cendol bakar,karipap gergasi dan mee udang banjir...salah satu tarikan ke sini ialah di Bukit Malawati,Kuala Selangor...

Bukit Malawati,Kuala Selangor
Minggu lepas dalam perjalanan ke Sabak Bernam melalui lebuh raya Latar ana singgah seketika di Bukit Malawati, Kuala Selangor ...Pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum kereta persendirian tidak dibenarkan naik ke puncak bukit dimana kita perlu menaiki trem yang disediakan..Namun menurut rakan-rakan ana jika kita datang pada hari biasa bolehlah menaiki kenderaan sendiri ke puncak bukit...
Harga tiket untuk menaiki trem dibahagi kepada dua waktu berbeza iaitu sebelum pukul 5 petang dan selepas 5 petang kadar tiket yang berlainan seperti di bawah;

Harga tiket trem Bukit Malawati,Kuala Selangor
Sebelum ini ana dan keluarga telah pernah sampai ke puncak Bukit Malawati ,jadi kali ini kami tindak berhasrat untuk naik sekali lagi..cuma lepak-lepak seketika di kawasan rehat di kaki bukit sahaja...lebih-lebih lagi kami dalam perjalanan ke Sabak Bernam dan bimbang terlewat..

Memang banyak tarikan di puncak Bukit Malawati ini antaranya ialah sebuah menara Rumah Api, Batu Hampar yang diceritakan tempat untuk memenggal kepala pesalah di zaman dahulu, tempat melihat anak bulan atau Baitulhilal, Makam DiRaja Selangor, Telaga Tujuh, Perigi Beracun dan terdapat banyak deretan meriam-meriam purba di zaman Kesultanan Selangor dahulu kala...untuk lebih keterangan mengenai Bukit Malawati ini bolehlah Google di www.kualaselangor.com/bukit-melawati...

Di kaki bukit ini apa yang menarik perhatian pengunjung dan pelancong asing ialah kera-kera yang jinak berkeliaran dan mesra dengan pengunjung...malah kita juga boleh memberikan makanan kepada kera-kera jinak ini...


Sekiranya kebetulan melalui kawasan Kuala Selangor ,bolehlah singgah untuk melawat Bukit Malawati dan melihat pelbagai tinggalan sejarah kota lama negeri Selangor ini...

0 Comments