Lumut - Perak
Jetti Lumut - Pulau Pangkor
Jetti Lumut ke Pulau Pangkor |
Lumut terletak di negeri Perak merupakan bandar persinggahan untuk ke Pulau Pangkor.Disinilah letaknya Jetti untuk menaiki feri ke Pulau Pamgkor selain dari menggunakan perkhidmatan Jetti di Marina Island di Teluk Batik.Menaiki feri dari Jetti Lumut mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke Pulau Pangkor kerana jarak pusingannya berbanding dengan menaiki feri dari Marina Island yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai.
Kekerapan feri kedua-dua hala adalah setiap setengah jam bermula dari jam 6.30am hingga 9.00pm.Tambang feri pula untuk dua hala (pergi-balik) ialah RM10 dewasa dan RM6 kanak-kanak.
Sekitar bandar Lumut
Disekitar bandar Lumut terdapat deretan kedai-kedai menjual pelbagai barangan hasil laut dan cenderamata untuk di bawa pulang.Pengunjung juga boleh beriadah di tepian laut untuk menikmati pemandangan laut yang tenang.Kesempatan ke sini baru-baru ini,ana sempat merakamkan beberapa keping foto untuk dikongsikan bersama.Jom makan angin ke bandar Lumut pula.
~kongsi tempat menarik~
19 Comments
Waahhh... Bandar Lumut pun cantik ye kak... Selalu dok singgah situ utk p Pangkor je... Tak stop pun jalan2 situ... Hehe...
ReplyDeleteWafee ni depan jetti nak pi pangkor tu dear..
DeleteIn law selalu dtg sini, tp akak belum pernah sampai lagi
ReplyDeletesatu hari nanti ajak in law datang sini boleh berkelah di Teluk Batik tu..
Deletepernah melawat lumut ni dulu. matahari terbenam kat situ cantik =)
ReplyDeletetq pena:memang kalau tepi laut pemandangannya amat indah..luas mata memandang..
DeleteLama x dtg kak..dulu kerap sgt kesini..sbb kwn dgn org sana..hehe
ReplyDeleteada masa datanglah adrianna imbas kenangan lalu..huhu
Deletebyk kali jugak ke pagkor.. tp lupa,, naik kat jeti lumut ke.. satu jer jeti nak ke pangkor kan kan?..
ReplyDeletesekarang ada dua lilynn samada naik dari Lumut atau Marina Island di Teluk Batik..
DeleteHii...terutama...tq sebb sudi singgah kat notashalimar...:) salam ukhwah,,,,saya kenal lumut pas kawen org ipoh kak...:)...
ReplyDeletenanti kak ana dtg balik blog Shalimar..tak jauh dah lumut ke ipoh tu..
Deleteohh bestnya..sesuai untuk cuci mata tengok pemandangan indah :D
ReplyDeletetq Miss Nadia
Deletelama dah tak pergi sini, dulu selalu pergi sebab ayah ada beli rumah kat manjung, sekarang dah jual... mama tak pergi dah.
ReplyDelete#tentang komli, nanti mama buat tuto buang iklan berbentuk arak atau sebagainya tu, kita boleh remove manual iklan tu, dun wori ok!
rumah kat manjung dah mahal2 mama: ada masa dtg lah semula..tq reply mesej ana..ana tunggu tutor dr mama kay..tqsm..
Deletewah seronoknye kak ^___^
ReplyDeletetq cik lisa
Deletenasib saya xde dalam gamboo kak ni haha..sy org sinunnnn
ReplyDelete