Jetti Lumut - Pulau Pangkor

Jetti Lumut ke Pulau Pangkor
Lumut terletak di negeri Perak merupakan bandar persinggahan untuk ke Pulau Pangkor.Disinilah letaknya Jetti untuk menaiki feri ke Pulau Pamgkor selain dari menggunakan perkhidmatan Jetti di Marina Island di Teluk Batik.Menaiki feri dari Jetti Lumut mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke Pulau Pangkor kerana jarak pusingannya berbanding dengan menaiki feri dari Marina Island yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai.

Kekerapan feri kedua-dua hala adalah setiap setengah jam bermula dari jam 6.30am hingga 9.00pm.Tambang feri pula untuk dua hala (pergi-balik) ialah RM10 dewasa dan RM6 kanak-kanak.


Sekitar bandar Lumut

Disekitar bandar Lumut terdapat deretan kedai-kedai menjual  pelbagai barangan hasil laut dan cenderamata untuk di bawa pulang.Pengunjung juga boleh beriadah di tepian laut untuk menikmati pemandangan laut yang tenang.Kesempatan ke sini baru-baru ini,ana sempat merakamkan beberapa keping foto untuk dikongsikan bersama.Jom makan angin ke bandar Lumut pula.







~kongsi tempat menarik~