Jetti Lumut - Pulau Pangkor

Jetti Lumut ke Pulau Pangkor
Lumut terletak di negeri Perak merupakan bandar persinggahan untuk ke Pulau Pangkor.Disinilah letaknya Jetti untuk menaiki feri ke Pulau Pamgkor selain dari menggunakan perkhidmatan Jetti di Marina Island di Teluk Batik.Menaiki feri dari Jetti Lumut mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke Pulau Pangkor kerana jarak pusingannya berbanding dengan menaiki feri dari Marina Island yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai.

Kekerapan feri kedua-dua hala adalah setiap setengah jam bermula dari jam 6.30am hingga 9.00pm.Tambang feri pula untuk dua hala (pergi-balik) ialah RM10 dewasa dan RM6 kanak-kanak.


Sekitar bandar Lumut

Disekitar bandar Lumut terdapat deretan kedai-kedai menjual  pelbagai barangan hasil laut dan cenderamata untuk di bawa pulang.Pengunjung juga boleh beriadah di tepian laut untuk menikmati pemandangan laut yang tenang.Kesempatan ke sini baru-baru ini,ana sempat merakamkan beberapa keping foto untuk dikongsikan bersama.Jom makan angin ke bandar Lumut pula.







~kongsi tempat menarik~

19 Comments

  1. Waahhh... Bandar Lumut pun cantik ye kak... Selalu dok singgah situ utk p Pangkor je... Tak stop pun jalan2 situ... Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wafee ni depan jetti nak pi pangkor tu dear..

      Delete
  2. In law selalu dtg sini, tp akak belum pernah sampai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu hari nanti ajak in law datang sini boleh berkelah di Teluk Batik tu..

      Delete
  3. pernah melawat lumut ni dulu. matahari terbenam kat situ cantik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq pena:memang kalau tepi laut pemandangannya amat indah..luas mata memandang..

      Delete
  4. Lama x dtg kak..dulu kerap sgt kesini..sbb kwn dgn org sana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa datanglah adrianna imbas kenangan lalu..huhu

      Delete
  5. byk kali jugak ke pagkor.. tp lupa,, naik kat jeti lumut ke.. satu jer jeti nak ke pangkor kan kan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ada dua lilynn samada naik dari Lumut atau Marina Island di Teluk Batik..

      Delete
  6. Hii...terutama...tq sebb sudi singgah kat notashalimar...:) salam ukhwah,,,,saya kenal lumut pas kawen org ipoh kak...:)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kak ana dtg balik blog Shalimar..tak jauh dah lumut ke ipoh tu..

      Delete
  7. ohh bestnya..sesuai untuk cuci mata tengok pemandangan indah :D

    ReplyDelete
  8. lama dah tak pergi sini, dulu selalu pergi sebab ayah ada beli rumah kat manjung, sekarang dah jual... mama tak pergi dah.

    #tentang komli, nanti mama buat tuto buang iklan berbentuk arak atau sebagainya tu, kita boleh remove manual iklan tu, dun wori ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kat manjung dah mahal2 mama: ada masa dtg lah semula..tq reply mesej ana..ana tunggu tutor dr mama kay..tqsm..

      Delete
  9. nasib saya xde dalam gamboo kak ni haha..sy org sinunnnn

    ReplyDelete