Teluk Intan River Front

River Front Teluk Intan

Teluk Intan ni kampung halaman ana..di lahirkan dan dibesarkan disini..dan hingga ke hari ini hampir setiap bulan akan balik kampung ziarah mak dan abah...Namun ana memang jarang update tempat-tempat menarik di sekitar bandar Teluk Intan ni..bukan apa , bila dah balik kampung, jumpa adik-beradik dan saudara mara memang jarang keluar jalan-jalan disekitar bandar...selalunya duduk rumah ramai-ramai, masak , makan dan berbual-bual kosong...

Selepas selesai kenduri kahwin sepupu Disember lepas..entah macam mana di ajak adik-adik lepak-lepak kat River Front atau zaman sekolah dulu kami panggil 'tepi sungai' saja.....banyaklah perubahan yang terdapat disini yang di sediakan oleh Majlis Perbandaran Hilir Perak...tebing-tebing sungainya telah dibina semula ,terdapat taman permainan kanak-kanak,sebuah menara tinjau di tepi sungai,beberapa wakaf untuk beristirehat,alat-alat senaman ringan ,sebuah replika keris dan difahamkan terdapat perkhidmatan sewa menaiki bot keliling sungai...

Namun yang agak mendukacitakan bila ana lihat persekitaran yang agak kotor dengan sampah dibuang merata tempat walaupun disediakan tong-tong sampah di sekitar kawasan..begitu juga wakaf-wakaf yang dibina juga menjadi tempat pasangan remaja berpacaran...macam itulah lumrah bila berada di tempat-tempat awam ni....apapun River Front  Teluk Intan ini merupakan salah satu inisiatif pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan kemudahan awam untuk orang ramai...terpulanglah pada mentaliti pengunjung itu sendiri..

Di sini ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat di rakamkan buat tatapan pengunjung anajingga...

Pemandangan di tepi sungai Teluk Intan..
Salah satu pemandangan yang menarik di River Front, Teluk Intan
Taman permainan kanak-kanak di River Front, Teluk Intan
Wakaf dan sebuah menara tinjau di tepi sungai,River Front Teluk Intan
Sebuah replika keris kecil berwarna merah
Keriangan bersama adik-adik dan anak-anak di River Front, Teluk Intan