|
Teluk Intan River Front |
River Front Teluk Intan
Teluk Intan ni kampung halaman ana..di lahirkan dan dibesarkan disini..dan hingga ke hari ini hampir setiap bulan akan balik kampung ziarah mak dan abah...Namun ana memang jarang update tempat-tempat menarik di sekitar bandar Teluk Intan ni..bukan apa , bila dah balik kampung, jumpa adik-beradik dan saudara mara memang jarang keluar jalan-jalan disekitar bandar...selalunya duduk rumah ramai-ramai, masak , makan dan berbual-bual kosong...
Selepas selesai kenduri kahwin sepupu Disember lepas..entah macam mana di ajak adik-adik lepak-lepak kat River Front atau zaman sekolah dulu kami panggil 'tepi sungai' saja.....banyaklah perubahan yang terdapat disini yang di sediakan oleh Majlis Perbandaran Hilir Perak...tebing-tebing sungainya telah dibina semula ,terdapat taman permainan kanak-kanak,sebuah menara tinjau di tepi sungai,beberapa wakaf untuk beristirehat,alat-alat senaman ringan ,sebuah replika keris dan difahamkan terdapat perkhidmatan sewa menaiki bot keliling sungai...
Namun yang agak mendukacitakan bila ana lihat persekitaran yang agak kotor dengan sampah dibuang merata tempat walaupun disediakan tong-tong sampah di sekitar kawasan..begitu juga wakaf-wakaf yang dibina juga menjadi tempat pasangan remaja berpacaran...macam itulah lumrah bila berada di tempat-tempat awam ni....apapun River Front Teluk Intan ini merupakan salah satu inisiatif pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan kemudahan awam untuk orang ramai...terpulanglah pada mentaliti pengunjung itu sendiri..
Di sini ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat di rakamkan buat tatapan pengunjung anajingga...
|
Pemandangan di tepi sungai Teluk Intan.. |
|
Salah satu pemandangan yang menarik di River Front, Teluk Intan |
|
Taman permainan kanak-kanak di River Front, Teluk Intan |
|
Wakaf dan sebuah menara tinjau di tepi sungai,River Front Teluk Intan |
|
Sebuah replika keris kecil berwarna merah |
|
Keriangan bersama adik-adik dan anak-anak di River Front, Teluk Intan |
18 Comments
sayangnyaaa. pusat rekreasi mcm ni patutnya kena jaga dgn baik kann. nampak kotor dahh
ReplyDeleteMacam tu lah Nina Az: keadaan yang agak menyuramkan..
DeleteSalam Ana, cuba Ana bandingkan taman permainan negara kita dgn Singapore (entry akak yg baru ni) jauh beza dgn tempat mereka. Bukanlah nak banggakan negara org tapi kalau yg baik dan bagus, kan elok kita tiru...betul tak?
ReplyDeleteKakpb jarang dapat pergi Telok Intan, entah tahun bila agaknya sampai, tak ingat dah. Sbnrnya kakpb suka suasana di Perak sb kami menetap di Sungkai 10 tahun tau.
Tepat sekali kak pb:memang jauh berbeza tahap kesedaran di kalangan rakyat m'sia ni...cakap lebih nnt ramai yg marah pula kan...
DeleteAkk org teluk intan rupanya..sya ada jgk pg tluk intan..suka tgk sawah2 padi kat sna..dan tak lupa menara tluk intan yg condong tu :)
ReplyDeleteYalah adrianna: kak ana asal dari sana...sampai dah kg halaman akak ye.. :)
Deletesejuk mata memandang gambar2 ni...
ReplyDeleteklu dijaga tentu lebih cantik lagi...kan...
TQ Nana..
Deletelama tak singgah teluk intan.. :)
ReplyDeletejemput singgah bila ada kelapangan justablogofmine..
DeleteMel pernah g chukai je. itupun atas urusan konvo tapi nak jalan2 memang tak pernah..Teringin juga
ReplyDeleteMel: mudah-mudahan ada rezeki bolehlah jenjalan ke sini pula..
Deleteupdate la kak..apa yg mnarik kat kmpg halman sendiri..saya nak p jauh..best gak boleh2 baca.. dapat info baru he..he.. cntik teluk intan.. :P
ReplyDeleteinsya Allah Sobri...akan kak ana cuba kongsikan di lain2 entri..:)
Deleteade tgok kat IG akak..:) tu lah syg kan kak.. sampah sarap bertaburan.. ape boleh buat.. sikap manusia ..yang kurang sivik nyer
ReplyDeletebetul tu lilynn.. nak buat macam mana kurangnya kesedaran sivik di kalangan manusia ni kan...
DeleteOooo, asal teluk Intan ye, hubby akakpun orang sana juga, tp teluk intan waterfront ni belum pernah pergi lagi. Kat bahagian mana ye?
ReplyDeletemaaf zila baru perasan komen ni: hubby org teluk intan rupanya..waterfront ini tepi sungai Perak tu sebelah kompleks LHDN di pusat bandar Teluk Intan atau tapak pasar tani tu..
ReplyDelete