Cara untuk 'Delete' Akaun Facebook
Facebook, majoriti dikalangan kita ada akaun Facebook.Ada yang gunakan untuk mencari kawan-kawan lama,ada yang berniaga, ada yang mencari kemasyuran atau popular, ada yang berdakwah dan seribu satu alasan lagi kenapa mereka ada Facebook.
Cara untuk delete akaun Facebook
Pelbagai latar belakang dan matlamat manusia disebalik profil Facebook.Dua hari lepas akaun Facebook seorang jiran telah digodam atau 'hacked'.Agak memeranjatkan beliau kerana tanpa pengetahuannya seolah-olah beliau menghantar 'friend request' kepada ribuan pemilik akaun dan ratusan dari mereka yang 'approve' atau menjadi senarai rakan.Ini termasuk pelbagai jenis pemegang akaun yang agak negatif seperti wanita-wanita seksi,kumpulan ajaran sesat dan entah sesiapa sahaja yang tidak dikenalinya menjadi sebahagian 'friend list'nya.Secara tidak langsung mendedahkan profilnya kepada umum termasuk status dan gambar-ganbar yang hanya di kongsi dikalangan 'friend' sahaja.Beliau meminta ana untuk mengatasi masalah ini dan ana bukanlah pakar didalam bidang ini.Apa yang ana cadangkan padanya ialah 'deactivate' dahulu akaun tersebut.Namun esoknya akaun beliau masih aktif dan makin ramai 'kawan-kawan baru' yang tidak dikehendaki masuk.
Akhirnya beliau setuju untuk men'delete' akaun Facebooknya dan digantikan dengan yang baru.Sebelum itu,kami memadam kesemua foto-foto yang ada dalam akaunnya terlebih dahulu.Untuk 'delete' akaun,terlebih dahulu kita perlu log masuk akaun Facebook.Kemudian pergi ke link ini : https://www.facebook.com/help/delete_account
Bila sampai ke arahan di atas,kita perlu masukkan semula 'password' dan hantar 'word verification' yang di beri dan ikut langkah-langkah seterusnya.Ana di maklumkan proses untuk 'delete' akaun sepenuhnya mengambil masa 2 minggu hingga sebulan.Sementara itu akaun masih boleh di log masuk untuk pembatalan 'delete' akaun atau 'deactivate'sahaja.Deactivate akaun bermaksud akaun kita di gantung sementara (hold) namun masih aktif.
Ana harap perkongsian ini dapat membantu mereka yang berhasrat untuk memadam akaun Facebook sekiranya terdapat sebarang keburukan pada akaun tersebut.Untuk lebih maklumat,bolehlah Google ke laman-laman web yang lebih arif tentang urusan sebegini.
Kadang-kadang ana rasa perlu untuk maklumkan 'password' kita kepada orang-orang yang dipercayai seperti suami atau anak-anak kerana sekiranya ditakdirkan kita sudah tiada lagi maka bolehlah mereka memadam akaun kita dari alam cyber ini. Waallahu alam.
~sekadar berkongsi kisah disini~
p/s: maaf penggunaan bahasa Inggeris kerana ana tidak dapat menterjemahkannya untuk pemahaman umum.
16 Comments
Jika terpksa mmg perlu didelate. Tapi bagi saya FB sgt ptg pada masa ini termasuklah sebagai senjata dlm dakwah. Beberapa hari ini kecoh kes penghinaan terhadap hadis Nabi oleh Kassim Ahmad. Tapi sayag,media arus perdana baik media cetak mahupun elektronik tidak memaparkn kesesatn kassim Ahmad. Mujurlh ada FB, dgn guna fb kesesatan dan kemungkaran kassim ahmad dapat disebarkan.
ReplyDeleteyes setuju shameel: kita gunakan akaun fb sebaik mungkin untuk manfaat bersama..
Deletewell hakikatnya fb memang dicipta untuk perkara itu :), anyway hope your friend lebih berhati2 di dalam mendedahkan perkara yang bersifat agak peribadi dilaman2 sosial..
ReplyDeletetq Pengembara Dunia..dalam hal2 privacy ni memang kita kena lebih berhati-hati dan peka..
Deleteya sis..saya kalau fb memang kurang skit..best blog lg..at lease menjana duit dari fb.. he..he..
ReplyDeletetq tips sis :P
akaun fb kak ana lebih bersifat private dan hanya yg menegenali sahaja namun rakan di laman blogger lebih seronok berkongsi kerana kita punya dunia yang sama dan terbuka..
DeleteBahaya toii bila kejadian hack2 ni kan...
ReplyDeleteItulah tak tahu kat mana silapnya dan bagaimana boleh jadi camtu Sha..habis akal kak ana suruh delete je buat yg baru..
DeleteSaya pun senasib ngan awk habis friend list saya...
ReplyDeleteye ke tarmizi: macam manalah agaknya diorang buat kan,dan apa motifnyapun tak tahu lah..
Deleteassalamualaikum..akak..saya dah delete akaun fb..tpi kwn saya cakap gambar saya masih ada..cuma status je yang x da...knapa ek.?? hope dibalas..
ReplyDeletewaalaikumsalam.. sebenarnya semasa kak ana men'delete akaun tersebut,1st yg kak ana buat ialah delete semua foto2 yg ada,termasuk tag foto,memang ambil masa dan memenatkan, kemudian akaun ini akan tetap aktif dalam masa seminggu dua,sebelum di padamkan terus, ada yang ambil masa sebulan baru lupus terus,memang ambil masa tetapi akhirnya akuan tersebut tidak wujud lagi, Insyaa Allah..harap dapat membantu ye :)
DeleteAda kebaikan dan ada keburukan. Pokok pangkalnya kitalah yang menentukan manfaat fb tue.
ReplyDeletebetul tu CC, terpulanglah pada kita untuk mengendalikan sesebuah akaun sosial ni kan :)
DeleteKalau dah delete means kita boleh guna emel fb lama untk buat fb baru
ReplyDeleteproses delete sepenuhnya ambil masa juga angah cherating, cubalah ana tak berapa pasti tentang ni .
Delete