Once upon a time,masih dalam simpanan beberapa keping kaset dari penyanyi kesukaan ana suatu ketika dahulu Fauziah Latiff dan Jamal Abdillah di dalam kotak di setor rumah.Namun ana tak pasti sama ada masih boleh digunakan lagi atau tidak kerana ketiadaan pemainnya radio kaset.Ana pasti generasi muda masa kini tak pernah dengar alunan lagu dari kaset-kaset ini.Ana pernah update entri tentang koleksi Fauziah Latiff di SINI

Kaset

Koleksi kaset Fauziah Latiff
Sememangnya di era 1990an dahulu ketika usia remaja,ana berminat dengan lagu-lagu irama balada dari nyanyian Jamal Abdillah,Razis Ismail,Wann dan Fauziah Latiff.Wah retro lagi..dan untuk mendengar lagu-lagu artis-artis pujaan dengan kerap,ana akan kumpul duit untuk memiliki sendiri kaset-kaset nyanyian mereka.Hingga ke hari ini,kaset-kaset ini masih ada dalam simpanan ana cuma dah tak boleh nak mainkan kerana ketiadaan radio kasetnya.

Apa yang menarik apabila kita membeli kaset selalunya akan dihadiahkan poster artis rakaman tersebut.Didalam kaset itu juga terdapat lirik-lirik setiap lagu yang ada didalamnya.Pada masa itu ana rasa tidak ada jualan kaset cetak rompak agaknya.Ana tak pasti kerana pada masa itu memang tak ambil tahupun tentang isu-isu begini.

Radio kaset

Radio Kaset (Foto dari mudah.my)
Inilah rupa radio kaset yang pernah ana miliki suatu masa dahulu.Abah belikan ana sebuah radio kaset yang menemani setiap malam sambil mengulangkaji pelajaran.Radio kaset ini boleh menggunakan kuasa elektrik atau bateri.Ia juga boleh merakam suara serta merakam lagu ketika sedang berkumandang di stesen-stesen radio.

Kini segalanya tinggal kenangan yang mewarnai catatan perjalanan hidup ana.Radio dan kaset kini telah jadi barangan antik yang sukar untuk di lihat lagi.Begitulah masa yang berlalu setiap detik tidak akan berpatah balik.Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih baik dan bermakna didalam melayari kehidupan di atas dunia yang sementara ini.


~berkongsi kisah silam suatu masa dahulu disini~

20 Comments

  1. kalau nak jimat bateri radio, kita pusing kaset guna pen..nostalgia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Sue Bee: memang dah jadi bahan sejarah dah kan kaset2 ni..

      Delete
  2. Ana, kita pun minat Fauziah Latiff, siap ada scrapbook penuh gambar Gee dulu hehe. Samalah koleksi kaset kita Ana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Linda: anapun ada scrapbook gee ni dah pernah update kat sinipun ,Linda klik kat link kat atas tu (SINI)..samalah kita ye..

      Delete
  3. huhu.....suka guna pensel pusing tali kaset,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah bila dia terburai masa 'play' kat radio tu kak ana buka dan roll balik guna loytape..boleh pasang semula tu Sha..sampai camtu sekali kan..hehe :)

      Delete
  4. bila terbelit..tarik berjurai ..kena lah gulung lelaju guna pen. kan...

    ReplyDelete
  5. eh, mama terpandang kaset ni, tetiba ternyanyi lagi gubahan rindu puisi syahdu lah pulak...

    ReplyDelete
  6. kenangan ni. Sangat menggamit memori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Bahrain sudi singgah sini..memang menggamit memori erm macam tajuk lagu Fauziah Latiff la pulak kan..

      Delete
  7. Kenangan ke? Kereta chegu masih gunakan kaset player.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke chegu..mana nak cari kasetnya lagi sekarang ni..??

      Delete
  8. huhu..kalau ada walkman yg besar pinggan dl2 mmg hidung kembang cm gua dah kan..skang ipod nana besar gigi je..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin lama makin kecik Tiqi..kak ana dulu adalah walkman utk kaset ni..habis hati dah dapat benda tu..hehe

      Delete
  9. mgusik kenangan kaset2 ni kann.., dulu zara ada kaset cmni juga masa kecik2. lagu Dato siti.. mula2 tbabit ngan industri muzik.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm betullah zara: masa Siti nurhaliza mula2 buat album masih guna kaset kan..kak ana ada rasanya beli ..

      Delete
  10. serius sis..kaset tu memang nostalgia..walaupun masa tu sayamsih kecik..skrg cd pun dah jadi noatalgia.. sbab dah x pkai..smuanya dowlode,, :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan Sobri: makin maju makin senang dah semua dihujung jari..kak ana dulu nak beli kaset kena kumpul duit belanja,mak abah mmg kompom tak bagi beli sb melalaikan kata depa..

      Delete