Once upon a time,masih dalam simpanan beberapa keping kaset dari penyanyi kesukaan ana suatu ketika dahulu Fauziah Latiff dan Jamal Abdillah di dalam kotak di setor rumah.Namun ana tak pasti sama ada masih boleh digunakan lagi atau tidak kerana ketiadaan pemainnya radio kaset.Ana pasti generasi muda masa kini tak pernah dengar alunan lagu dari kaset-kaset ini.Ana pernah update entri tentang koleksi Fauziah Latiff di SINI

Kaset

Koleksi kaset Fauziah Latiff
Sememangnya di era 1990an dahulu ketika usia remaja,ana berminat dengan lagu-lagu irama balada dari nyanyian Jamal Abdillah,Razis Ismail,Wann dan Fauziah Latiff.Wah retro lagi..dan untuk mendengar lagu-lagu artis-artis pujaan dengan kerap,ana akan kumpul duit untuk memiliki sendiri kaset-kaset nyanyian mereka.Hingga ke hari ini,kaset-kaset ini masih ada dalam simpanan ana cuma dah tak boleh nak mainkan kerana ketiadaan radio kasetnya.

Apa yang menarik apabila kita membeli kaset selalunya akan dihadiahkan poster artis rakaman tersebut.Didalam kaset itu juga terdapat lirik-lirik setiap lagu yang ada didalamnya.Pada masa itu ana rasa tidak ada jualan kaset cetak rompak agaknya.Ana tak pasti kerana pada masa itu memang tak ambil tahupun tentang isu-isu begini.

Radio kaset

Radio Kaset (Foto dari mudah.my)
Inilah rupa radio kaset yang pernah ana miliki suatu masa dahulu.Abah belikan ana sebuah radio kaset yang menemani setiap malam sambil mengulangkaji pelajaran.Radio kaset ini boleh menggunakan kuasa elektrik atau bateri.Ia juga boleh merakam suara serta merakam lagu ketika sedang berkumandang di stesen-stesen radio.

Kini segalanya tinggal kenangan yang mewarnai catatan perjalanan hidup ana.Radio dan kaset kini telah jadi barangan antik yang sukar untuk di lihat lagi.Begitulah masa yang berlalu setiap detik tidak akan berpatah balik.Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih baik dan bermakna didalam melayari kehidupan di atas dunia yang sementara ini.


~berkongsi kisah silam suatu masa dahulu disini~