Pelanggan Tetap
tetamu-tetamu setiap hari |
Selalunya mereka muncul sebelah pagi,mengiaw-ngiaw minta makan dan lepas itu masing-masing pergi haluan masing-masing.Ibarat pelanggan tetaplah datang sarapan kat sini.Kalau dulu ana hanya belikan makanan kering untuk Jingga dan Tamcik,kali ini kena tambah sikit untuk pelanggan-pelanggan tetap ini pula.Ana bukan beli yang mahal-mahal dan berjenama macam Jingga makan tu cuma yang biasa-biasa dijual di kedai-kedai runcit.Sepeket setengah kilo dalam RM4 sahaja.Boleh tahan seminggu untuk tetamu-tetamu ana ni.
Lepas makan mereka tidak menetap disini macam Tamcik tu,esok atau dua hari kemudian baru datang balik dan yang paling eloknya tiada pula mereka mengotorkan kawasan belakang rumah ana atau jiran-jiran.Tak tahulah mana tempat tinggal mereka ni.Apa-apapun sekiranya ada rezeki mereka makan disini,ana akan beri tetapi jika sebaliknya,hanya kepadaNya jua ana serahkan.Ana tidak mahu memelihara ramai kucing-kucing dirumah kerana menghormati jiran tetangga dan bimbang akan mengganggu mereka dengan bau-bauan dan kotoran yang tidak elok.Cuma kalau tetamu-tetamu ni datang,ana beri makan dan sediakan minuman dalam bekas di luar rumah.Dikala cuaca panas terik ni,kesian pula dengan makhluk-makhluk Allah swt yang lain kehausan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang tidak elok itu dari kesilapan dan kekerdilan kita sebagai hambaNya.
~berkongsi kisah disini~
13 Comments
Cutenya.. banyak sgt.. laratke nak bela
ReplyDeletetak bela chegu zam:ana beri makan saja..
Deletesuka kucing ya..saya takot kucinng ..
ReplyDeleteerm macam mana tu Aya..??/kompius kak ana jap..:)
Deletesemoga murah rezeki..ina bukan tak suka tapi boring dengan kucing jiran yang suka membuang najis merata2.
ReplyDeleteamin...itulah memang yang tu payah sikit bila bela kucing ni eyna,kita kena hormati jiran-jiran..
Deleterumah sewa sya takde kucing.
ReplyDeletetapi kucing jiran selalu datang.
bagi jugak la sikit2 makanan tu..hehe
ok dah tu nick..kalau nak bela kucing ni memang payah sikit,bila depa datang kalau ada rezeki adalah kan..
DeleteBagus nya k.ana nii...
ReplyDeleteSha ni pon dh rindu sangat nak ada kucing...kucing sha nama Omey mati di saat2 sha tggu masa tuk bersalin...sha bawk dia dr perak balik terengganu...sebb masa tu Omey dh xsihat...smpai skrg xpelihara kucing...rindu telatah Omey ...Kucing ni pembawa rezeki kan kak...
Macam kak ana lah Sha,masih teringat-ingat kat Jingga dah rasa anak sendiri dah sejak kehilangannya..
DeleteYelaa....selain anak...kucing jgk penyejuk mata,hati nak2 masa dia smbut kita balik kerja...disaat sedih...menangis...dia seakan memahami...setia menemani..
Deleteramai tetamu.. hikhik
ReplyDeletemacam tulah Zara,sehari dua ni dah tak dtg pulak tak tahu apa sebabnya..hehe
Delete