tetamu-tetamu setiap hari
Sejak ketiadaan Jingga di rumah ana ni,memang terasa sangat kehilangannya.Mujur juga ada Tamcik adik angkat Jingga yang memang dah biasa datang dan bermain dengan ana dan anak-anak.Namun yang tak disangka ialah kehadiran tetamu-tetamu lain yang hampir setiap hari muncul di belakang rumah.Macam-macam warna datang berkunjung di luar pagar belakang rumah ana.

Selalunya mereka muncul sebelah pagi,mengiaw-ngiaw minta makan dan lepas itu masing-masing pergi haluan masing-masing.Ibarat pelanggan tetaplah datang sarapan kat sini.Kalau dulu ana hanya belikan makanan kering untuk Jingga dan Tamcik,kali ini kena tambah sikit untuk pelanggan-pelanggan tetap ini pula.Ana bukan beli yang mahal-mahal dan berjenama macam Jingga makan tu cuma yang biasa-biasa dijual di kedai-kedai runcit.Sepeket setengah kilo dalam RM4 sahaja.Boleh tahan seminggu untuk tetamu-tetamu ana ni.

Lepas makan mereka tidak menetap disini macam Tamcik tu,esok atau dua hari kemudian baru datang balik dan yang paling eloknya tiada pula mereka mengotorkan kawasan belakang rumah ana atau jiran-jiran.Tak tahulah mana tempat tinggal mereka ni.Apa-apapun sekiranya ada rezeki mereka makan disini,ana akan beri tetapi jika sebaliknya,hanya kepadaNya jua ana serahkan.Ana tidak mahu memelihara  ramai kucing-kucing dirumah kerana menghormati jiran tetangga dan bimbang akan mengganggu mereka dengan bau-bauan dan kotoran yang tidak elok.Cuma kalau tetamu-tetamu ni datang,ana beri makan dan sediakan minuman dalam bekas di luar rumah.Dikala cuaca panas terik ni,kesian pula dengan makhluk-makhluk Allah swt yang lain kehausan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang tidak elok itu dari kesilapan dan kekerdilan kita sebagai hambaNya.

~berkongsi kisah disini~