Bunga Kunyit


Bunga kunyit

Dah lama ana tanam pokok kunyit didalam tayar lama di belakang halaman rumah.tiba-tiba beberapa hari lepas terlihat kuntuman bunga kunyit berwarna hijau kekuningan sedang mekar.Cantik juga bunga kunyit ni.Selalunya kita hanya akan mengambil daun dan isi kunyit sahaja sebagai menambah aroma dalam masakan tradisional Melayu.

Selepas menGoogle, ana dapati masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia, gemar makan bunga kunyit ini sebagai ulaman dan dijadikan kerabu.Mungkin sedaplah rasanya kerana daun kunyit pun orang kita suka masukkan dalam masakan.Ana belum pernah mencubanya lagi.Mungkin suatu hari nanti beranikan diri untuk makan bunga kunyit ini sebagai ulaman.Itupun jika pokok kunyit ini berbunga lagi.


~berkongsi kisah disini~