Pokok kurma berbuah di Kelantan


Buah kurma di Kelantan

Tertarik dengan beberapa keping foto dari Facebook rakan lama ana, Suzana Mohamad yang sedang berada di Kelantan tentang pokok kurma yang lebat berbuah di sini.Dengan mengGoogle sedikit maklumat diberitakan sepuluh dari tiga puluh tujuh batang pohon kurma sedang lebat berbuah di bulatan jam besar di Kota Bahru,Kelantan.

Begitulah kehendak Allah pohon kurma yang sebelum ini hanya tumbuh dan berbuah di negara Timur Tengah,boleh menghasilkan buah dengan lebat di tanahair kita juga.Bersempena dengan kedatangan Ramadan dalam seminggu lagi ini menambahkan lagi kemeriahan untuk pengunjung berdekatan datang melihat sesuatu yang jarang berlaku di sini sebelum ini.


pokok kurma berbuah di Kelantan

kredit foto: FB Suzana Mohamad (terima kasih Su)