Masih cerita di Seremban, dikesempatan yang ada ana dan keluarga terpukau dengan keindahan seni bina bangunan berciri tradisi Minangkabau iaitu Kompleks Taman Seni Budaya, Seremban.Di kompleks ini terdapat 3 buah senibina Minangkabau yang sangat cantik iaitu Muzium Negeri,Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan.
Muzium Negeri,Seremban
 |
Muzium Negeri Seremban |
Bangunan Muzium Negeri,Negeri Sembilan ini dikenali sebagai Teratak Pepatih dirasmikan sebagai Muzium Negeri pada 14hb Julai 1986.Keindahan senibina berciri Minangkabau sangat cantik dengan bumbung melentik seperti tanduk kerbau pasti memukau pandangan mata.Diperbuat daripada kayu dengan seni ukiran yang menarik menempatkan pameran kraftangan dan artifak-artifak sejarah penduduk tempatan.
 |
Senibina dari kayu yang menyerikan ruang dalaman Teratak Pepatih |
 |
Kompleks Taman Seni Budaya,Seremban |
Disamping Teratak Pepatih atau Muzium Negeri Seremban,di sebelahnya terdapat dua buah bangunan istimewa iaitu Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan serta replika batu Megalitik.
Istana Ampang Tinggi,Seremban
 |
Istana Ampang Tinggi,Seremban |
Istana ini telah dibina semasa
pemerintahan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-5, Yamtuan Udin
atau lebih dikenali sebagai Yamtuan Imam Sri Menanti di Ampang Tinggi,
Kuala Pilah pada tahun 1961. Beliau telah memegang tampuk pemerintahan
selama 10 tahun iaitu dari tahun 1861 hingga 1869. Istana ini berukuran
66 1/2 kaki lebar dan 23 1/2 kaki panjang dan terdapat pelbagai bentuk
ukiran yang sangat halus buatannya di sepanjang luar dinding istana ini.
Keistimewaan utama istana ini adalah ia
dibina tanpa menggunakan sebatang paku. Namun istana ini masih kukuh
walaupun usianya telah menjangkau 133 tahun. Kerana keunikan senibina
dan kehalusan ukiran, rumah ini pernah dipamerkan di England pada tahun
1994 sebagai contoh senibina Melayu. Terdapat ukiran Al-Quran pada
dinding bahagian dalam rumah ini.
 |
Ruang dalam Istana Ampang Tinggi |
Rumah Negeri Sembilan
 |
Rumah Negeri Sembilan,Taman Seni Budaya,Seremban |
Nama asal rumah ini adalah Rumah Undang,
Sungai Ujong sebelum ditukar kepada Rumah Negeri Sembilan. Rumah yang
dibina pada tahun 1898 di Kampung Air garam, Mambau ini merupakan rumah
Tengku Saiyed Ismail bin Tengku Saiyed Abdul Rahman, Dato' Kelana Sungai
Ujong.
Ia dipindahkan ke tapak Kompleks Taman
Seni Budaya sebagai muzium pada 1980-an. Oleh kerana status tersebut
maka monumen ini telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri sebagai bangunan
bersejarah.
Replika batu megalitik
 |
Replika batu megalitik di Taman Seni Budaya,Seremban |
 |
Penerangan batu megalitik |
20 Comments
nice...memang suka tengok senibina minangkabau
ReplyDeleteunik dan sangat cantik kan Sal
DeleteNice sharing:-) Seni bina minangkabau ni memang unik.
ReplyDeleteterima kasih SY..
Deletetgk muzium tu teringat iklan adabi hihi
ReplyDeleteye ke Dayah, kak ana rasa Istana kenangan kat Kuala Kangsar tu lagi macam Adabi tu kan hehe
DeleteSeni bina Minangkabau memang mempunyai keunikannya yang tersendiri..terima kasih kak Ana..nice sharing
ReplyDeletekeindahan senibina tradisi minangkabau yang unik, sama-sama CP
DeleteRumah minagkabau mmg unik.n cntik
ReplyDeletememang unik kan LYAfrina
Deletex penah smpi lg ke sini ;-(
ReplyDeleteanies: suatu hari nanti ada rezeki sampailah kan..
Deletesuki pun dah penah gi sekali dgn family..best kan
ReplyDeletebestkan Suki, melihat keunikan sesuatu adat dan tradisi kaum di tanahair..
Deletedekat ngan pejabat sy
ReplyDeletehaha ye ke mimi...
Deleteniceee ! bilah lah dapat pegi n9 nie..huhuuuu. btw, salam ziarah :)
ReplyDeletetq cik ayu..satu hari nanti sampailah tu..hehe
Deletecantik sangat ;)
ReplyDeletememang menarik senibenanya :)
Delete