Nak makan rambutan pun kena beli dah...
Kisah kak ana balik kampung hujung minggu lepas ke Teluk Intan, Perak. Ada majlis perkahwinan anak buah, anak sepupu sebelah Abah kak ana. Majlis buat malam jadi sempatlah kami sekeluarga balik selepas suami balik kerja, Sabtu tu.
Seronok sangat sebab waktu kenduri kendara begini lah dapat kak ana berjumpa sanak saudara, sepupu-sepupu semua kerana masing-masing duk jauh-jauh dah.
Esok pagi tu, adik dan adik ipar kak ana ajak pii sarapan di pekan Teluk Intan. Kami panggil pekan bukan bandar. Memang dari kecil-kecil lagi kalau tanya nak ke mana tu, akan jawab nak ke pekan.. Maksudnya nak ke bandar Teluk Intan lah tu.
Selepas sarapan, kak ana , suami dan Adik Ika pii pasar awam. Kalau di Teluk Intan ni dedulu kami panggil market, bukan pasar. Memang arwah mak semua lah akan kata nak pii market. Besar betul pengaruh Barat dalam kehidupan orang dahulu kan, walaupun tidak bercakap bahasa Inggeris tapi ada sesetangah perkataan tu melekat terus sampai lah genarasi tu telah tiada.
Buah rambutan
Kat pasar , macam selalu lah kak ana akan beli ikan rebus, kerang dan sayuran kampung untuk bawa balik . Kami balik ke kediaman tengahari Ahad tu juga sebab nak elak jemmed lah konon di hiway PLUS.
Musim buah rambutan dan kuinin agaknya, banyak di jual di pasar pagi tu. Suami kata teringin lak nak makan buah rambutan atau kami panggil buah moktan. Suami belilah seiikat, kak ana tanya kira ikat ke kilo. Kira kilo katanya. Sekilo RM7 .
Murah dah tu, kan.. Itu lah bila di kenangkan , sebenarnya di kampung kak ana ada beberapa pokok rambutan keliling rumah arwah tok . Kalau dulu memang meriah bila musim rambutan, mak saudara akan panggil balik untuk makan dan bawa balik berguni ke kediaman untuk berkongsi dengan jiran.
Tapi sejak mak saudara dah agak uzur ni, pokok pun tak terjaga. Tambah pula ada kera atau kat kampung kak ana di panggil lutong. Monyet besar warna hitam bulu nya. Depa ni mai, ambil dari pokok tu berbunga lagi dah kena reghah pokoknya.
Kalau sempat pun berputik dan luruh di buat di lotong. Memang bukan rezeki kami lah nak makan buah moktan keliling rumah dah. Bila teringin dah kena beli. Faktor usia yang tinggal di kampung semuanya warga emas.
Tak daya dah nak membersihkan keliling pokok dan cantas dahan untuk elakkan di panjat monyet. Lagipun populasi monyet memang banyak dan depa dah tak ada habitat serta makanan lagi di sekitar. Hampir keliling kawasan tu dah di majukan dengan projek perumahan.
Begitulah bila kita ni kena redha yang kita berkongsi alam bukan sahaja dengan manusia tetapi juga haiwan dan tumbuhan. Kalau ada rezeki nak merasa makan buah-buah di kampung, ada lah kan. Kalau tak beli sahaja lah..

0 Comments