Ini pun satu lagi entri terperam lama baru nak terbitkan. 22hb September 2025 yang lepas, sempena hari lahir anak kak ana, Adik Ika . Sehari sebelum tu hari Ahad dia dah request nak makan shabu-shabu , kami bertiga makan tengahari di Shabu-Shi, Eco Ardence

Isnin tu macam tak sampai hati pula tak ada kek birthday untuk raikan ulang tahunnya, walau pun dah besar panjang, kan.. anak tetap anak. Kak ana ajak lah dia makan malam di Secret Recipe , di mall yang tak jauh dari kediaman kami, selepas waktu Maghrib. 


birthday cake di Secret Recipe
Decadent Tiramisu Cake

Birthday di Secret Recipe 


Adik Ika dah pesan awal-awal, jangan hantar kek birthday tu ada background music happy birthday , hehe :) Ye lah dia bukan kanak-kanak lagi, kan. Kak ana order sepotong kek Decadent Tiramisu Cake , Secret Recipe, kesukaan nya . 

Staff tu duk letak lilin pula kat kek, kak ana pun lupa nak pesan tak nak lilin. Tapi tak apa lah, kami tak tiup pun lilin, cabut dan makan kek tiramisu yang sedap sangat nih. Serius! Memang Decadent Tiramisu Cake SR ni antara kek tiramisu yang kak ana suka makan. Memang sedap dan kena pada selera kami. 


Thai Style Fried Rice with Tiger Prawns Secret Recipe
Thai Style Fried Rice with Tiger Prawns Secret Recipe


Adik Ika yang balik dari kerja, lapar nasi katanya malam tu. Dia order dan makan Thai Style Fried Rice with Tiger Prawns . Ni antara nasi goreng yang sedap juga di sini. Ada sambal belacan dan ulam juga di berikan sekali. 


Baked Lasagna Secret Recipe
Baked lasagna Secret Recipe 


Ayahnya pula suka makan baked lasagna kalau makan di SR atau Vivo Pizza. Baked Lasagna ni depa bagi sekali dengan seketul bun. Rasa sesedap rasa lah, sama seperti makan baked lasagna di restoran . Ada pilihan daging dan ayam, suami ambil ayam rasanya.. lupa dah aih! :) 


Shinjuku Maple Bake Secret Recipe
Shinjuku Maple Bake , Secret Recipe 

Depa berdua tu balik kerja sah-sah lah lapar kan, makan heavy food untuk dinner malam tu. Kak ana pula dah kenyang pekana nasi tengahari tadi, jadi kak ana cuma nak makan dessert kesukaan kak ana kalau di Secret Recipe, iaitu Shinjuku Maple Bake . 

Kalau maii makan SR selain kek , inilah pencuci mulut kesukaan kak ana. Shinjuku Maple Bake . Cuma malam tu depa hidang dah agak sejuk pula toast bread, tak macam biasa di hidang masih panas dan di makan dengan airkrim serta mapple syrup bersama whipped cream memang marvelous. 

Memang kak ana selalu lupa ambil gambar air kalau makan, sebab teruja nak ambil gambar menu makanan selalunya. Secret Recipe memang pilihan lah untuk meraikan sesuatu hari bersama keluarga kerana ia dekat dan menu pun sedap. Lebih yakin kerana Secret Recipe menyajikan sajian yang Halal dari Jakim. Alhamdulillah... 

2 Comments

  1. nasi goreng tu nmpk sgt sedap! boleh lah MZ try nanti kalau ter singgah kat SR...epi besday to ur daughter!

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir utk adik Ika. Semoga panjang umur dan sihat selalu. Sedapnya kek dan menu pilihan tu.

    ReplyDelete