Malam tadi lebih kurang jam 11.30 malam ana menerima mesej menerusi whatsapp dari seorang rakan tentang pesawat MAS terhempas di Ukraine.Dapat rasakan ianya bukan satu gurauan ,ana terus menukar channel ke Astro Awani dan ternyata ianya satu lagi tragedi atau musibah yang menimpa negara kita.Tambah terperanjat bila ia dikatakan ditembak jatuh dengan peluru berpandu di kawasan sempadan bergolak Ukraine dan Rusia.Allahu Akbar...

Malam semakin larut dan satu demi satu gambar-gambar visual mula ditayangkan di kaca televisyen.Menggigil tubuh dan pilunya jiwa bila kepingan serpihan bangkai pesawat dengan logo MAS dan bendera Jalur Gemilang yang kelihatan.Mayat-mayat bergelimpangan dan barang-barang bertaburan disana sini.Ya Allah..



Tragedi ini berlaku malam 20 Ramadan 1435, bersamaan 17hb Julai 2014, 132 hari selepas kita kehilangan MH370 yang hingga hari ini masih misteri.Antara fakta yang dikongsikan di laman-laman sosial bahawa tarikh pertama penerbangan pesawat malang ini juga pada 17hb Julai 1997, tujuh belas tahun yang lalu.Satu kebetulan yang sangat memilukan dimana segalanya membawa ke angka 17.Maha Suci Allah..



Pilunya dan sedihnya hati kaum keluarga mereka yang terlibat hanya Allah Yang Mengetahui.Salah seorang pembantu juruterbang dikhabarkan berasal dari kampung ana, di Padang Tembak, Teluk Intan.Dan tak kira siapa pun mereka, warganegara manapun mereka berasal, seluruh dunia kembali bersatu hati menghulurkan salam takziah dan berduka cita kerana mereka menjadi mangsa kejam dunia peperangan.Siapa dan apa puncanya biarlah mereka yang arif menentukan ,cuma sebagai sesama makhluk di muka bumi , yang cintakan keamanan, ia adalah suatu jenayah perang yang sangat kejam dan mereka yang langsung tiada kaitan menjadi mangsanya.

Semoga keadilan akan dapat dilaksanakan dan sekali lagi kita hanya mampu berdoa agar segala usaha untuk mencari siapa dalang disebalik kekejaman ini akan terbongkar.Untuk yang telah pergi, semoga keluarga mereka tabah menerima ujian ini dan buat yang beragama Islam pastinya krew penerbangan MAS, Al-Fatihah di hadiahkan.


Ana pasti selepas ini, akan banyak spekulasi bertebaran di alam cyber.Paling awal bila foto-foto palsu yang telah di edit dan tak tahulah kenapa ada keinginan mereka melakukan sebegitu seolah-olah tidak menghormati sensitiviti kaum keluarga penumpang.Usahlah kita menambahkan lagi keperitan mereka dengan menyebarkan berita-berita palsu, andaian-andaian dan pendapat-pendapat bagaikan kita tahu segalanya, kerana ia hanya akan menambah kepiluan dijiwa mereka yang kehilangan.Pastikan kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang sahih supaya kita tidak terlibat sama menyebarkan berita palsu.Waallahu Alam..

Sumber foto; Facebook dan Google

7 Comments

  1. Assalamualaikum.. Allahurabbi.. sedih baca berita tentang ni. semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima pemergian org tersayang. Al-Fatihah buat yang beragama Islam

    ReplyDelete
  2. anis dapat tau pagi tadi mase lepas sahur.. sedih sgt kak ana.. menangis jugak tgk video2 amatur dari berita russia.. semoga ahli keluarga tabah..

    ReplyDelete
  3. Betul kak ana..harap jangan ada buat gurau isu macam ni. Memang dugaan buat Malaysia. .

    ReplyDelete
  4. Mama keciciran berita ni kak... Dapat tahu pun agak lewat.. Al fatihah..

    ReplyDelete
  5. Fuza TAG Akak
    http://fuzamusa.blogspot.com/2014/07/segar-bersama-fresh-care-dan-safe-care.html

    ReplyDelete
  6. Terkejut dan sedih ketika menerima berita ini..saya pun tau dari group whatsapp tengah malam, berita selanjutnya time sahur..takziah buat keluarga penumpang dan krew mh17..

    ReplyDelete
  7. dugaan buat kita dan seluruh keluarga mangsa..Al Fatihah :'(

    ReplyDelete