Salam Aidil Fitri
Diketerbatasan waktu ini, ana ingin mengucapkan salam lebaran, selamat menyambut ketibaan fajar 1 Syawal 1435 H buat semua rakan-rakan, adik-adik blogger yang tersayang.Berkesempatan berkongsi ruang maya dengan kalian di samping menjalinkan ukhwah dan silatur rahim merupakan sesuatu pengalaman yang amat ana hargai.Alhamdulillah..
Sekiranya selama ini ana pernah tersalah bahasa, tersilap perkongsian dan kata-kata pena atau taipan 'keyboard' ana mengambil ruang disini untuk menghulurkan salam kemaafan zahir dan batin.Kerana sesungguhnya yang baik itu semuanya dari Allah swt dan kekhilafan itu adalah kerana ana hambanya yang sangat kerdil di atas mukabumiNya ini.
Semoga semua perjalanan kita kemana jua destinasi sentiasa didalam lindunganNya, selamat sampai dan bergembira disamping keluarga tercinta.Bagi yang diperantauan, tabahkan hati dan walau di mana jua kalian berada, kasih sayang kaum keluarga dan rakan taulan akan tetap bersama kalian diiringi doa semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin dari ana..
21 Comments
Salam Aidilfitri Kak Ana. Maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap ketika komen diblog dan instagram.
ReplyDeleteCP tak bagi duit raya tapi CP klik Waku Doki untuk Kak Ana sebagai ganti duit raya hehe..
Deleteterima kasih CP, diatas ucapan dan kiriman kad,serta duit raya dgn klik2..hehe..semoga ukhwah ini akan kekal terjalin dengan IzinNya..menjalin silaturrahim sesama saudara seagama... :)
DeleteSalam aidilfitri kak ana. . Maaf kalau ada salah silap ye. . Semoga bahagia bersama keluarga
ReplyDeletesalam lebaran Sal, samalah salam kemaafan dari kak ana sekiranya ada komen2 yang terguris hati, semoga ukhwah antara kita akan terus berkekalan,Insyaa Allah adikku Sal..
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Ikhlas, EDtv..
ReplyDeleteSalam lebaran buat EDtv juga...:)
Deleteassalamualaikum kak ana..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :)
ReplyDeletewaalaikumsalam sobri, selamat hari raya dan salam kemaafan dari kak ana buat sobri juga..
Deleteassalamualaikum ana...selamat hari raya maaf zahir batin...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama , salam lebaran buat mama dan keluarga juga
DeleteSalam Aidilfitri kak
ReplyDeleteterima kasih mimi
DeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin K.Ana & Keluarga
ReplyDeleteterima kasih Sha.. sayang Sha sangat2.. :) :)
DeleteSalam lebaran ke9 ana..maaf zahir batin.
ReplyDeletealhamdhulillah selamat sudah perjalanan pergi dan balik..
salam lebaran buat kakyon juga..Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan..
Deleteselamat hari raya untuk ana dan keluarga
ReplyDeleteterima kasih aina, salam lebaran juga buat aina
DeleteKak Ana Selamat Hari Raya Aidilfitri
ReplyDeleteSemoga beroleh kebaikan sepanjang tahun
Maaf zahir dan batin
dari arzmoha dan keluarga
terima kasih aRz dan keluarga..amin.
Delete