Diketerbatasan waktu ini, ana ingin mengucapkan salam lebaran, selamat menyambut ketibaan fajar 1 Syawal 1435 H buat semua rakan-rakan, adik-adik blogger yang tersayang.Berkesempatan berkongsi ruang maya dengan kalian di samping menjalinkan ukhwah dan silatur rahim merupakan sesuatu pengalaman yang amat ana hargai.Alhamdulillah..

Sekiranya selama ini ana pernah tersalah bahasa, tersilap perkongsian dan kata-kata pena atau taipan 'keyboard' ana mengambil ruang disini untuk menghulurkan salam kemaafan zahir dan batin.Kerana sesungguhnya yang baik itu semuanya dari Allah swt dan kekhilafan itu adalah kerana ana hambanya yang sangat kerdil di atas mukabumiNya ini.

Semoga semua perjalanan kita kemana jua destinasi sentiasa didalam lindunganNya, selamat sampai dan bergembira disamping keluarga tercinta.Bagi yang diperantauan, tabahkan hati dan walau di mana jua kalian berada, kasih sayang kaum keluarga dan rakan taulan akan tetap bersama kalian diiringi doa semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin dari ana..

21 Comments

  1. Salam Aidilfitri Kak Ana. Maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap ketika komen diblog dan instagram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP tak bagi duit raya tapi CP klik Waku Doki untuk Kak Ana sebagai ganti duit raya hehe..

      Delete
    2. terima kasih CP, diatas ucapan dan kiriman kad,serta duit raya dgn klik2..hehe..semoga ukhwah ini akan kekal terjalin dengan IzinNya..menjalin silaturrahim sesama saudara seagama... :)

      Delete
  2. Salam aidilfitri kak ana. . Maaf kalau ada salah silap ye. . Semoga bahagia bersama keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam lebaran Sal, samalah salam kemaafan dari kak ana sekiranya ada komen2 yang terguris hati, semoga ukhwah antara kita akan terus berkekalan,Insyaa Allah adikku Sal..

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Ikhlas, EDtv..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak ana..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sobri, selamat hari raya dan salam kemaafan dari kak ana buat sobri juga..

      Delete
  5. assalamualaikum ana...selamat hari raya maaf zahir batin...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama , salam lebaran buat mama dan keluarga juga

      Delete
  6. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin K.Ana & Keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Sha.. sayang Sha sangat2.. :) :)

      Delete
  7. Salam lebaran ke9 ana..maaf zahir batin.
    alhamdhulillah selamat sudah perjalanan pergi dan balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam lebaran buat kakyon juga..Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan..

      Delete
  8. selamat hari raya untuk ana dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aina, salam lebaran juga buat aina

      Delete
  9. Kak Ana Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun
    Maaf zahir dan batin

    dari arzmoha dan keluarga

    ReplyDelete