Keratan tebu

Kisah tebu:

Tebu ni jiran ana yang beri semalam.Sampai di dapur anak ana tanya buat apa buluh ni bu ? Terdiam kejap, dah besarpun tak tahu bezakan tebu dengan buluh.Anak zaman sekarang ni semua maklumat dari 'Google' tak banyak yang diterokai sendiri.

Ayahnya potong tebu kepada keratan-keratan pendek, kemudian siatkan kulit tebu dengan pisau.Kalau zaman kanak-kanak dahulu tak mainlah guna pisau, koyak dengan gigi sahaja.Sekarang ni jangan cuba aksi sebegitu, mahu tinggal gusi saja nanti hehe .

Dah siap di belah, berilah anak merasa mengunyah tebu, selepas habis sepotong,komen dari anak ' baik pergi beli je air tebu kat tepi jalan tu bu, lagi sedap, hirup dan minum.Dah lah prosesnya susah nak kerat,buang kulit, kemudian kunyah, nasib baik tak tertelan hampas dapat rasa manisannya setitis je'.

Erm, itu sekarang, dahulu ketika di kampung halaman dapat hisap manisan tebu pun dah kira seronok dan bersungguh-sungguh nak habiskan.Ye lah masa tu bukan ada 'makanan atau minuman segera' macam sekarang.Inginkan sesuatu kenalah usaha sendiri, hiduppun banyak pengalaman,banyak kisah yang nak dikongsikan buat anak-anak kelak.


~berkongsi kisah tebu disini~