Perhatian !!! 

INFO TERKINI TENTANG KAD DISKAUN KTM i-CARD SILA KLIK : -> SINI

Kad diskaun KTM untuk pelajar IPT

Memandangkan kak long kini menuntut di Uitm Tapah, salah satu kemudahan pengangkutan awam yang boleh dinaikinya untuk balik ke Kuala Lumpur atau terus ke Rawang ialah KTM Intercity dan ETS. Pihak KTMB telah memberikan surat tawaran untuk pelajar memiliki kad diskaun KTM iCard yang memberikan potongan harga 50% untuk harga tiket bagi pemegang kad.

Untuk mendapatkan kad KTM i-card ini, kami telah ke KL Sentral dan membuat permohonan di aras satu kaunter tiket KTMB.

Kaunter tiket KTMB di KL Sentral

KTMB i-Card Student

1. Pelajar kolej/universiti di Malaysia.

2. Yuran tahunan RM30.00.

3. Surat pengesahan pelajar dari kolej/universiti mesti disertakan.


Dimana boleh memohon KTMB i-Card

Kaunter tiket KTMB

1. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Kad KTM i-Card.

2. Yuran keahlian mesti dibayar secara tunai atau menggunakan kad kredit (di kaunter tiket terpilih sahaja).

3. Resit bayaran akan dikeluarkan kepada setiap pelanggan .

4. Pemohon mesti memastikan semua maklumat dalam resit adalah betul dan lengkap.

5. Resit bayaran boleh digunakan oleh pemohon (dalam masa 30 hari dari tarikh dikeluarkan) untuk mendapatkan keistimewaan. 

6. Pemohon mendapat kad KTM i-Card serta-merta bagi permohonan yang dibuat di Kaunter Kad Diskaun Sentral KL.

Bagi pelajar yang menuntut di IPT yang berhampiran dengan kemudahan KTMB bolehlah memiliki kad diskaun ini dengan yuran tahunan sebanyak RM30 setahun sementara dapat membeli tiket dengan separuh dari harga tiket untuk satu destinasi perjalanan.


~berkongsi info disini~


51 Comments

  1. nanti nak suruh adik saya kira, RM 30 tu berbaloi ke tak..dia tu rajin balik gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira betul-betul Sal, kalau untung baru aply ye hehe..kak ana tak tahu lah berbaloi ke idak anak buat sebab rasanya balik selalunya kak ana gi ambil,.. :)

      Delete
    2. kalau selalu guna berbaloi

      Delete
    3. haah kalau guna selalu tu berbaloi lah Sal :)

      Delete
  2. Anak acik tak bole ana..jauh kakau nak ke stesen kereta api tu dari sana..kalau tak stesen sampai nya dekat je dengan rumah acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah acik, macam masa k.long kat Pilah dulu kena ke seremban dapatkan komuter,ni kebetulan dari kampus ke stesen ktm Tapah dekat je, manalah tahu kalau ada kawannya boleh gak balik dgn ktm.. :)

      Delete
  3. Tq kak Ana, nanti boleh saya suruh adik buatkan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most Welcome Eny, aply lah di kaunter KTMB .. :)

      Delete
  4. untungkan..saya dulu pernah naik keretapi ke kelantan, separuh harga, guyna kad dtudent

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya dulu lagi dah ada lah Zila kad diskaun macam ni untuk student ye.. :)

      Delete
    2. haah, dari dulu lagi...masa tu tahun 1997..kalau tak silap 70% potongannya...bukan 50%

      Delete
    3. terima kasih Zila, anak ana belum lagi menggunakan kad ni, mungkin balik Rawang nanti kalau ada rakan yang sama destinasi bolehlah digunakan :)

      Delete
  5. Replies
    1. erm mudah untuk student yang berdekatan dengan perkhidmatan KTM Diana :)

      Delete
  6. alahai, utk student je ek, tak layak la nak apply kad ktm ni, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm kena jadi student balik lah eMme baru boleh aply hehe :)

      Delete
  7. mungkin anak buah kat ukm boleh gunakan kemudahan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je SS kalau kampus berdekatan KTM kan :)

      Delete
  8. Menarik info ni.tp xada adik yg duk jauh.maybe leh bgtw kat kengkawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes nabila, mungkin berguna pada yang memerlukan info ni kan, tq so much :)

      Delete
  9. Kena calculate dulu untung ke tidak?
    Anak saudara Mrs. A rajin gak balik ke Seremban naik komuter ni dari Ipoh, dia study kat PUO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A, kad ni rasanya komuter tak valid diskaun hanya untuk ETS dan Intercity sahaja :)

      Delete
  10. Patutla tiket KTMB selalu habis. Nak pi KL minggu ni pun kena naik bas. Bagus untuk student ada diskaun dari KTMB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, student pulun habih tiket ye CP.. ok jugalah ada kad diskaun ni,jimat sikit kos nak balik kan :)

      Delete
  11. Dah lama sangat teringin nak naik keretapi. Seumur hidup baru sekali naik dari pekan kecil pergi kebandar. Tambang 30 sen. Rasanya 37 tahun yang lalu....hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mala, ana pun sama tak pernah hayat naik keretapi ni, setakad komuter tu biasa dah hehe :)

      Delete
  12. Untung ada student card ni. Saya dulu guna untuk main bowling...heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pun boleh kan mama, janji dapat diskaun hehe :)

      Delete
  13. Baru je apply dkt ktm ipoh. malangnya resit tu dah termisplaced. huarrgghh T_T

    ReplyDelete
  14. kad diskaun ni utk ktm je ke?boleh guna utk klia transit x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. difahamkan hanya untuk intercity dan ets sahaja, komuter pun tak valid.

      Delete
    2. Maaf Benn : entri terkini tentang kad diskaun ktm ni di link http://www.arzmoha.com/2015/12/cara-memohon-kad-diskaun-ktm-i-card-student.html , mungkin boleh menjawan persoalan nya kerana entri disini diterbitkan awal Januari lalu.

      Delete
  15. salam,nak tnya kad stdnt ni boleh guna masa nak beli online tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembelian di kaunter sahaja rasanya, sebab anak AJ membeli tiket secara online tidak mendapat diskaun, untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi KTM ye nur ezzatie :)

      Delete
  16. Hari ahad kaunter bukak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti, kena call KTM tanya ye fatin Nad :)

      Delete
  17. Tumpang tanya, kalau dah dapat kad diskaun ni, masih perlu ke kaunter utk beli ticket ktm setiap kali nak naik atau hanya perlu tag mcm touch n go ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eikha kena beli di kaunter tiket ktm untuk mendapatkan diskaunnya. untuk lebih tepat informasinya silalah hubungi KTMB sendiri :)

      Delete
  18. Saya suka naik KTM tp yg tak tahan nya penguuna ber mentaliliti kelas ketiga mcm jakun seperti dlm blog ni http://www.naeldaily.com/2015/12/taking-train-while-pregnant-lament-to.html
    kesian ibu2 mengandung

    ReplyDelete
  19. dan jugak penumpang2 jakun yg tanak bagi org keluar dulu

    http://www.naeldaily.com/2015/11/a-non-existent-public-transport.html

    penumpang mcm ni patut di sula je

    ReplyDelete
  20. law nak beli tiket just tunjuk kad diskaun tu je ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, difahamkan cuma dapat diskaun menerusi pembelian di kaunter sahaja tidak termasuk pembelian online .

      Delete
  21. Assalamualaikum kalau dari penang ke kl discount ada tak? Atau dlm Bandar Kuala Lumpur sahaja ada discount

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Irfan, Ya diskaun untuk semua perjalanan dengan ktm kecuali komuter. Walaubagaimana pun Irfan dapatkan info terkini dari ktm keranan entri ini diterbitkan pada tahun 2015. Mungkin ada perubahan di dalam terma dan syaratnya. Sila hubungi mana-mana kaunter ktm atau ke laman web rasmi mereka..semoga mendapat penjelasan yang lebih tepat ya.. :)

      Delete
  22. nak tanyalah? tunang sye masih student dan saya dh berkerja..dia ade i-card tuk student tu, msih dpt tk discount beli tiket tuk saya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah kat kaunter KTM atau online dik, sebab yang beli kena ada id kad student tu sebagai bukti, atau boleh je rujuk ke hotline KTM untuk pertanyaan lanjut kay :)

      Delete