Fiske Steakhouse - Au Keramat

 

Fiske Steakhouse, AU Keramat (Foto Google Image)

Sementara Kak Long cuti sem ni lagi, kami ke Keramat minggu lepas untuk ke rumah sepupu yang baru berpindah.Sambil tu, Kak Long buat permintaan nak makan 'western food'.Pusing-pusing sekitar AU Keramat, kami singgah di Fiske Steakhouse yang terletak di Medan Selera berhadapan Sapura, belakang Balai Polis AU2. Walaupun ianya terletak di Medan Selera, Fiske Steakhouse merupakan ruang makan berhawa dingin di dalam satu blok bangunan di hadapan Medan Selera ini.

Ana mencuba Spaghetti Bolognese, Kak Long makan Chicken Chop, Adik pula Chicken Grill tetapi suami ana memilih untuk makan menu masakan Melayu set asam pedas.Apabila hidangan tersedia di atas meja, kami menjamu selera dan Alhamdulillah tidak rugi mencuba menu-menu disini kerana ianya sangat enak dan kena dengan selera kami berempat.

Chicken Chop

Chicken Grill

Spaghetti Bolognese

Hidanagn set asam pedas daging tetel menu pilihan suami tak sempat nak ambil gambarnya, namun ia di hidangkan secara set bersama nasi putih,telur masin, sambal belacan dan ulaman termasuk segelas sirap bandung dengan harga RM12. Harga untuk menu-menu western di atas juga sangat berpatutan dan sajiannya mengenyangkan.

Sekiranya berada di sekitar Keramat dan ingin mencuba makanan Barat bolehlah singgah ke Fiske Steakhouse.Kalau tak salah ana, ianya dibuka disebelah petang hingga ke malam tak berapa pasti.


~berkongsi tempat makan menarik disini~