Anak ayam berwarna-warni:


Foto: Google Image

Comel tak ? Comel kan, geram tengok berwarna-warni anak-anak ayam ni.Ana dapat idea menulis kisah anak ayam berwarna-warni daripada sebuah perkongsian di Facebook.Teringat suatu ketika dahulu, abah pernah membelikan kami dua beradik anak-anak ayam pelbagai warna ni di pasar pagi. Masa tu, bukan main seronok lagi memilih warna-warni pilihan masing-masing. Siap bagi nama dan bela dalam sebuah sangkar setiap seorang. Rajin pula tu bagi makan hari-hari setiap kali balik dari sekolah.

Beberapa minggu kemudian, apabila anak-anak ayam semakin membesar, maka makin hilanglah warna-warninya.Akhirnya jadilah seekor ayam biasa yang ada disekitar rumah sebelum ini. Masa tu memang dah tak hirau dah kat ayam-ayam ni, terbiar bersepahan bersama ayam-ayam lain.Mak dan arwah opahlah yang ambil alih tugas bagi makan kat ayam-ayam di keliling rumah.

Itulah kisah ana dan anak ayam yang berwarna-warni.Dah berpuluh tahun dah penghasilan ayam berwarna-warni ni, hingga ke hari ini masih lagi dijual disekitar pasar-pasar pagi.Walaubagaimanapun ia memang comel ketika kecil dan jangan tertipu warnanya kian lama kian hilang.Sekadar seronokkan anak-anak sahaja.


~berkongsi kisah anak ayam berwarna-warni yang comel~

36 Comments

  1. Wana pun penah tengok sebab anak2 buah pelihara anak ayam yang colorful ni..memang comel masa kecik2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wana, pastu dah besar hilanglah warna-warninya :)

      Delete
  2. hehe kak Ana dulu2 pun tok selalu belikan anak ayam kaler kaler ni.. mmg best main. sampai lembik anak ayam tu.. dh besar pudar kalernya terus tak nak main dah.. tapi kebanyakan mati kelemasan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Eny, syok main masa warna-warni je pastu biaq pi lah kan hehe, awat mati kelemasan tu? kesiannya..

      Delete
  3. blum pernah tengok depan mata...pernah tengok kat google jer... :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gak Yan, kat pasar-pasar khasnya bandar-bandar kecillah hehe comel.. :)

      Delete
  4. Mula2 ingatkan keychain atau patung anak ayam.... bila baca sampai habis anak ayam hidup rupanya... saya tak pernah jumpa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye ke SS, ada jual kat pasar anak-anak ayam ni :)

      Delete
  5. Replies
    1. Tu lah Nani, kecil-kecil memang comel, lama-lama hilang warnanya :)

      Delete
  6. masa bebudak dulu memang hairan camana la ayam boleh macam2 kaler.. lps tu dah tgk rencana dlm tv cerita pasal tu...rupanya telur ayam yg dikenalpasti disuntik cecair pewarna dgn jarum khas.. ooooO baru tau !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PCL, kak ana dulu pun hairan gak ingatkan boleh lah sampai besar berwarna-warninya, rupanya kecil-kecil je berwarna :)

      Delete
  7. Replies
    1. ye ke ezwan... mana tahu satu hari nanti jumpa kut hehe :)

      Delete
  8. serious x pernah tahu..huhu sedih T_T

    ReplyDelete
  9. bonde nak warna pink tu....
    comel benoo rasa nak gigit jer

    ReplyDelete
  10. anda ditag disini http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/liebster-award-2015.html :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sayidah napisah, nanti kak ana reply ye..in shaa allah :)

      Delete
  11. cutenya baby tu... warna warni lagi.... tapi betul, kalau dah besar hilang warna nya... semelih je sodap... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cute kan NA, tu lah bila dah besar jadi ayam biasa je, memang silap haribulan jadi karilah ia hehe :)

      Delete
  12. comelnya ana..tak pernah tengok lagi ni

    ReplyDelete
  13. baru tahu wujud anak ayam warna warni.. kesian lak kena kaler camtu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ZZ kak ana pernah baca depa kaler dari dalam telur lagi disuntik warna..Waallahu a'lam .

      Delete
  14. betul tu kak ana. di pasar minggu ada jual banyak ayam ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan aRz, selalunya di bandar-bandar kecil, sebab kalau diKL tak ramai yang nak bela ayam sebab laman rumah terhad.

      Delete
  15. owh boleh beriklan di blog ini rupanya. beriklan di blog semestinya medan yang menguntungkan

    ReplyDelete
  16. Skg takde dah anak ayam warna warni tinggal kenangan je tapi haritu pernah sekali nampak comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang dah jumpa kan Lan, kalau di pasar-pasar minggu kawasan kampung-kampung mungkin ad sekali sekala dijual.

      Delete