Anak ayam berwarna-warni:


Foto: Google Image

Comel tak ? Comel kan, geram tengok berwarna-warni anak-anak ayam ni.Ana dapat idea menulis kisah anak ayam berwarna-warni daripada sebuah perkongsian di Facebook.Teringat suatu ketika dahulu, abah pernah membelikan kami dua beradik anak-anak ayam pelbagai warna ni di pasar pagi. Masa tu, bukan main seronok lagi memilih warna-warni pilihan masing-masing. Siap bagi nama dan bela dalam sebuah sangkar setiap seorang. Rajin pula tu bagi makan hari-hari setiap kali balik dari sekolah.

Beberapa minggu kemudian, apabila anak-anak ayam semakin membesar, maka makin hilanglah warna-warninya.Akhirnya jadilah seekor ayam biasa yang ada disekitar rumah sebelum ini. Masa tu memang dah tak hirau dah kat ayam-ayam ni, terbiar bersepahan bersama ayam-ayam lain.Mak dan arwah opahlah yang ambil alih tugas bagi makan kat ayam-ayam di keliling rumah.

Itulah kisah ana dan anak ayam yang berwarna-warni.Dah berpuluh tahun dah penghasilan ayam berwarna-warni ni, hingga ke hari ini masih lagi dijual disekitar pasar-pasar pagi.Walaubagaimanapun ia memang comel ketika kecil dan jangan tertipu warnanya kian lama kian hilang.Sekadar seronokkan anak-anak sahaja.


~berkongsi kisah anak ayam berwarna-warni yang comel~