Makluman Dan Kajiselidik KWSP:

 Yang  mana satu pilihan anda pengeluaran wang simpanan KWSP pada usia 55 tahun atau 60 tahun.Rata-rata rasanya kita memilih untuk mengeluarkan wang simpanan kita pada usia 55 tahun.Duit kita tentulah kita ingin gunakan di kala masih kuat dan sihat In Shaa Allah.Kenapa perlu di simpan sehingga usia 60 tahun.Oleh itu , mari kita jalankan tanggung-jawab dengan mengisi makluman dan kaji selidik yang sedang dilakukan oleh pihak KWSP mulai 21 April hingga 5 Mei ini untuk menyatakan pendirian kita.

kaji selidik kwsp



Dimana boleh dilakukan kaji selidik KWSP:


Kaji selidik boleh dilakukan secara atas talian atau on-line dengan pergi ke laman web rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my. Pencarum perlu mempunyai ID Pengguna atau Log-in ke I-akaun untuk melengkapkan kaji selidik tersebut.


kaji selidik kwsp

Sekiranya pencarum tidak mempunyai akaun I-akaun ,pencarum boleh menghubungi pejabat KWSP untuk keterangan lanjut di:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur http://enquiry.kwsp.gov.my
Pusat Panggilan KWSP: 03-8922 6000    No. Faks KWSP: 03-8922 6222

Atau pergi ke cawangan pejabat KWSP berhampiran dan juga di kiosk KWSP yang berdekatan anda.

Pada pendapat peribadi ana sendiri ,pastilah tidak bersetuju langsung untuk pengeluaran pada usia 60 tahun.Biarlah kita sempat menggunakan wang simpanan kita ketika usia 55 tahun jika IzinNya kelak.Soal pengurusan pandailah kita menguruskan wang simpanan kita sendiri dan cukuplah KWSP sebagai badan amanah yang menyimpan wang simpanan hari tua kita dan tak perlulah menguruskannya pula.




~berkongsi info disini~

14 Comments

  1. Betul kak Ana. Sha setuju. Sementara masih kuat lah kita perlukan duit kan? Masa tu lah nak berehat, luang kan masa dengan keluarga, dan yang paling penting, settlekan bayar rumah. Itu yang mak selalu cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sha, sakit hati je kan, duit simpanan kita tu kan keluarkan je lah dah sampai tahap umur 55 tu adoi, macam2 laa ni :)

      Delete
  2. Sakitnya hati kita bila tgk huruf KWSP ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sakit kan jeBateja, geram je rasanya :)

      Delete
  3. Saya rasa 99% orang tak setuju..mcm kak kerja dah berpuluh tahun, dah duk terintai-intai duit kat KWSP tut2 buat keluar cadangan beracun ni...hish geram betul....padahal 55 tahun tu untuk orang perempuan pun rasa dah lewat...kalau dah duk terhegeh-hegeh baru nak dapat..tak bermaknalah penat lelah kita selama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat kak Mala.. bolehlah langsaikan pinjaman rumah dan lain-lain atau kegunaan untuk peribadi kita bila tiba masanya nanti, 60 tahun dah terlalu lewat rasanya.

      Delete
  4. dh org komplen br nak buat KWSP ni heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm kita kena bertindak Eny, tak leh nak bising je kan :)

      Delete
  5. X dapek de nak tunggu 60 tahun...anak nak sekolah lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yolah SA... nasib dah kembali ke 55 tahun kan :)

      Delete