Masak Lemak Cendawan Sisir
Masak Lemak Cendawan Sisir:
Lama sungguh ana tak makan cendawan sisir ni.Jika dahulu mudah nak jumpa sekitar belakang rumah di kampung halaman ana di Teluk Intan, namun kini kesemua pokok getah telah ditebang dan memang tak jumpa lagi cendawan sisir.Rezeki balik kampung kali ini, mak masakkan gulai lemak cendawan sisir untuk kami.Alhamdulillah.Masak lemak cendawan sisir |
Resepi masak lemak cendawan sisir:
Masak lemak cendawan sisir ni sama sahaja kaedahnya dengan masak lemak lain yang biasa kita buat.Cuma cendawan sisir ni kita perlu bersihkan dengan sempurna supaya tiada serpihan kulit kayu yang melekat padanya.Kemudian direndam seketika agar lembut dan mak ana selalunya akan menumbuk sedikit di dalam lesung batu supaya ia agak mudah untuk dikunyah.Untuk rasa yang lebih sedap, mak akan mencampurkan dengan kerang rebus yang dikupas sebagai perencah.Namun kali ini , tiada kerang di kedai runcit, mak hanya menggantikannya dengan ikan bilis.Kesemua bahan asas seperti cili kering dan bawang di tumbuk lumat dan digaulkan dengan santan dan serbuk kunyit.Tambahkan bahan perasa dan biarkan menggelegak di atas api sambil di kacau selalu.
Dan terhasillah masak lemak cendawan sisir air tangan mak , yang sangat menyelerakan menu kami tengahari itu.Sekiranya terjumpa cendawan sisir di jual di pasar-pasar tani, bolehlah mencuba resepi mudah ini.
~berkongsi resepi masak lemak cendawan sisir disini~
34 Comments
Air tangan mak paljng sedap d dunia..hehe
ReplyDeleteKan Aisyah, masaklah apa pun tetap sedap masakan mak kita :)
Deletesuami ngan kawan saya selalu cerita pasal kulat sisir ni.. tapi tak pernah lagi dapat merasa..
ReplyDeleteerm payah sikit nak jumpa kalau bukan musimnya Rai, In Shaa Allah ada rezeki merasalah nanti kay :)
Deletesedapnya kulat sisiaq(kata orang kedah) nie..tapi sekarang dah tak dapat kutip lagi,dah makin berkurangan
ReplyDeletehaah ada yang panggil kulat sisir hat pekat lagi jadilah kulat sisiaq haha :)
DeleteKat kampung Mrs. A panggil cendawan kukur biasanya banyak kat kayu pokok getah yang dah ditebang
ReplyDeletebetul tu Mrs A, bila ada pokok getah tumbang baru dapat cenndawan si tumbuh nak2 lagi musim hujan kan , ye ada yang panggil cendawan kukur juga.
Deletesedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! MIL rara selalu masak.tp bukan senang nk dpt cenwadawan ni kan kak ana.
ReplyDeletehaha Rara suka makan ye, memang ye sukar nak dapat dah sekarang ni Rara :)
Deletedulu masa kecik2 suka ikut atuk cari cendawan terkukur nie..biasa boleh didapati di pokok getah tumbang..sekarang jarang jumpa dah..
ReplyDeleteyanty panggil cendawan terkukur ye, memang ye yanty ia tumbuh di pokok getah yang tumbang biasanya.
Deletesedapnyaaa kak na. dulu sokmo suh ibu buat :D
ReplyDeletepandai gak nani makan kan :)
Deletegulpppp nampak mcm sedapp je kak naaa hehhe
ReplyDeletememanglah sedap KC, cuma KC tak makan cendawan kan :)
Deletecendawan sisir?? okey baik faham.. ini first time nuna dengar.. tapi nmpak mcam sedap jek.. huhuhu :) keep blogging.. baca2 entry sini.. nunapringiacyunq.blogspot.com
ReplyDeletetq nuna, heppi blogging too :)
DeleteSedap tu kak ana..kalau ada cendawan tu mmg menyelerakan...
ReplyDeletesedap kan efa, sesekali tukar selera pula kan:)
Deletemasak lemak sedap..balik kampung mesti dapat rasa..kulit sisir ade yg paket dlm plastik.
ReplyDeletesedap juga Nick, mungkin ada sebab kulat ni tahan lama setelah dikeringkan :)
Deletekak ana ni..suka kasi orang terliur..mohon post ke nilai please..
ReplyDeletehaha pandai ke makan cik dayah ku sayang :)
Deletesedapnyaaa. jemput singgah blog saya ye :)
ReplyDeletetq fafau90, in shaa allah nanti kak ana menyusul ye :)
DeleteCendawan sisir ni tak sama dengan cendawan busut ke Kak Ana?
ReplyDeletehaha tak sama Sha, cendawan busut dia macam kelopak bunga ,aniss ada entri tu :)
Deletesedapnya !
ReplyDeletesedapkan CN :)
DeleteFeveret ni Ana, kalau jumpa mesti beli. Dulu kala zaman bebudak kak pun pernah kutip cendawan ni kat batang2 atau tunggul pokok getah..sekarang susah nak jumpa..
ReplyDeleteyelah Kak Mala jarang jumpa sekarang ni, rezeki kali ni balik mak kutib kat batang pokok getah tumbang hehe :)
Deletesedap cendawan ni... mak mentua masak hari tu... igtkan daging, rupanya cendawan hehehehe
ReplyDeletelaa jauh tu beza daging dengan cendawan adikku Eny :)
Delete