Masak Lemak Cendawan Sisir:

Lama sungguh ana tak makan cendawan sisir ni.Jika dahulu mudah nak jumpa sekitar belakang rumah di kampung halaman ana di Teluk Intan, namun kini kesemua pokok getah telah ditebang dan memang tak jumpa lagi cendawan sisir.Rezeki balik kampung kali ini, mak masakkan gulai lemak cendawan sisir untuk kami.Alhamdulillah.

masak lemak cendawan sisir
Masak lemak cendawan sisir


Resepi masak lemak cendawan sisir:

Masak lemak cendawan sisir ni sama sahaja kaedahnya dengan masak lemak lain yang biasa kita buat.Cuma cendawan sisir ni kita perlu bersihkan dengan sempurna supaya tiada serpihan kulit kayu yang melekat padanya.Kemudian direndam seketika agar lembut dan mak ana selalunya akan menumbuk sedikit di dalam lesung batu supaya ia agak mudah untuk dikunyah.

Untuk rasa yang lebih sedap, mak akan mencampurkan dengan kerang rebus yang dikupas sebagai perencah.Namun kali ini , tiada kerang di kedai runcit, mak hanya menggantikannya dengan ikan bilis.Kesemua bahan asas seperti cili kering dan bawang di tumbuk lumat dan digaulkan dengan santan dan serbuk kunyit.Tambahkan bahan perasa dan biarkan menggelegak di atas api sambil di kacau selalu.

Dan terhasillah masak lemak cendawan sisir air tangan mak , yang sangat menyelerakan menu kami tengahari itu.Sekiranya terjumpa cendawan sisir di jual di pasar-pasar tani, bolehlah mencuba resepi mudah ini.


~berkongsi resepi masak lemak cendawan sisir disini~

34 Comments

  1. Air tangan mak paljng sedap d dunia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Aisyah, masaklah apa pun tetap sedap masakan mak kita :)

      Delete
  2. suami ngan kawan saya selalu cerita pasal kulat sisir ni.. tapi tak pernah lagi dapat merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm payah sikit nak jumpa kalau bukan musimnya Rai, In Shaa Allah ada rezeki merasalah nanti kay :)

      Delete
  3. sedapnya kulat sisiaq(kata orang kedah) nie..tapi sekarang dah tak dapat kutip lagi,dah makin berkurangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada yang panggil kulat sisir hat pekat lagi jadilah kulat sisiaq haha :)

      Delete
  4. Kat kampung Mrs. A panggil cendawan kukur biasanya banyak kat kayu pokok getah yang dah ditebang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mrs A, bila ada pokok getah tumbang baru dapat cenndawan si tumbuh nak2 lagi musim hujan kan , ye ada yang panggil cendawan kukur juga.

      Delete
  5. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! MIL rara selalu masak.tp bukan senang nk dpt cenwadawan ni kan kak ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Rara suka makan ye, memang ye sukar nak dapat dah sekarang ni Rara :)

      Delete
  6. dulu masa kecik2 suka ikut atuk cari cendawan terkukur nie..biasa boleh didapati di pokok getah tumbang..sekarang jarang jumpa dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yanty panggil cendawan terkukur ye, memang ye yanty ia tumbuh di pokok getah yang tumbang biasanya.

      Delete
  7. sedapnyaaa kak na. dulu sokmo suh ibu buat :D

    ReplyDelete
  8. gulpppp nampak mcm sedapp je kak naaa hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah sedap KC, cuma KC tak makan cendawan kan :)

      Delete
  9. cendawan sisir?? okey baik faham.. ini first time nuna dengar.. tapi nmpak mcam sedap jek.. huhuhu :) keep blogging.. baca2 entry sini.. nunapringiacyunq.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Sedap tu kak ana..kalau ada cendawan tu mmg menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan efa, sesekali tukar selera pula kan:)

      Delete
  11. masak lemak sedap..balik kampung mesti dapat rasa..kulit sisir ade yg paket dlm plastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga Nick, mungkin ada sebab kulat ni tahan lama setelah dikeringkan :)

      Delete
  12. kak ana ni..suka kasi orang terliur..mohon post ke nilai please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pandai ke makan cik dayah ku sayang :)

      Delete
  13. sedapnyaaa. jemput singgah blog saya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fafau90, in shaa allah nanti kak ana menyusul ye :)

      Delete
  14. Cendawan sisir ni tak sama dengan cendawan busut ke Kak Ana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak sama Sha, cendawan busut dia macam kelopak bunga ,aniss ada entri tu :)

      Delete
  15. Feveret ni Ana, kalau jumpa mesti beli. Dulu kala zaman bebudak kak pun pernah kutip cendawan ni kat batang2 atau tunggul pokok getah..sekarang susah nak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Kak Mala jarang jumpa sekarang ni, rezeki kali ni balik mak kutib kat batang pokok getah tumbang hehe :)

      Delete
  16. sedap cendawan ni... mak mentua masak hari tu... igtkan daging, rupanya cendawan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa jauh tu beza daging dengan cendawan adikku Eny :)

      Delete