Masak Lemak Cendawan Sisir:

Lama sungguh ana tak makan cendawan sisir ni.Jika dahulu mudah nak jumpa sekitar belakang rumah di kampung halaman ana di Teluk Intan, namun kini kesemua pokok getah telah ditebang dan memang tak jumpa lagi cendawan sisir.Rezeki balik kampung kali ini, mak masakkan gulai lemak cendawan sisir untuk kami.Alhamdulillah.

masak lemak cendawan sisir
Masak lemak cendawan sisir


Resepi masak lemak cendawan sisir:

Masak lemak cendawan sisir ni sama sahaja kaedahnya dengan masak lemak lain yang biasa kita buat.Cuma cendawan sisir ni kita perlu bersihkan dengan sempurna supaya tiada serpihan kulit kayu yang melekat padanya.Kemudian direndam seketika agar lembut dan mak ana selalunya akan menumbuk sedikit di dalam lesung batu supaya ia agak mudah untuk dikunyah.

Untuk rasa yang lebih sedap, mak akan mencampurkan dengan kerang rebus yang dikupas sebagai perencah.Namun kali ini , tiada kerang di kedai runcit, mak hanya menggantikannya dengan ikan bilis.Kesemua bahan asas seperti cili kering dan bawang di tumbuk lumat dan digaulkan dengan santan dan serbuk kunyit.Tambahkan bahan perasa dan biarkan menggelegak di atas api sambil di kacau selalu.

Dan terhasillah masak lemak cendawan sisir air tangan mak , yang sangat menyelerakan menu kami tengahari itu.Sekiranya terjumpa cendawan sisir di jual di pasar-pasar tani, bolehlah mencuba resepi mudah ini.


~berkongsi resepi masak lemak cendawan sisir disini~