Sabtu lepas baru ana dan anak-anak berkesempatan ke satu lagi gedung membeli belah yang terbaru di Putrajaya iaitu IOI City Mall.Memang besar dan penat jugalah tawaf mengelilingi keseluruhan kompleks.Antara daya tarikan yang lain dari biasa di sini ialah sebuah gelanggang ice-skating iaitu Ice Scape.Ia adalah gelanggang ais kedua di Malaysia selepas Sunway Piramid , jika tak salah fakta ana.


ioi city mall putrajaya



Icescape, IOI City Mall,Putrajaya

 

ice scape, ioi city mall


Bagi yang mahir bermain roller blade rasanya tiada masalah untuk mencuba ice skating di Ice Scape, IOI City Mall, Putrajaya. Ia memerlukan kemahiran meluncur dan sesuatu yang sangat menarik bila melihat anak-anak remaja mahir meluncur di sekeliling gelanggang luncur ais disini.

Berikut ana kongsikan kadar bayaran dan waktu operasi Ice Scape di IOI City Mall,Putrajaya bagi yang sedang mencari maklumat tentangnya.



Harga tiket masuk Icescape,IOI City Mall


Sarung tangan dan stokin adalah diwajibkan memakainya untuk menyertai aktiviti ice skating di Icescape, IOI City Mall, Putrajaya.Untuk menjimatkan belanja bawalah dari rumah atau boleh saja beli di beberapa shoplot yang berada di sekitar kompleks dan yang paling murah di Daiso.


~berkongsi info Icescape,IOI City Mall disini~