Ice Skating di IOI City Mall
Sabtu lepas baru ana dan anak-anak berkesempatan ke satu lagi gedung membeli belah yang terbaru di Putrajaya iaitu IOI City Mall.Memang besar dan penat jugalah tawaf mengelilingi keseluruhan kompleks.Antara daya tarikan yang lain dari biasa di sini ialah sebuah gelanggang ice-skating iaitu Ice Scape.Ia adalah gelanggang ais kedua di Malaysia selepas Sunway Piramid , jika tak salah fakta ana.
Icescape, IOI City Mall,Putrajaya
Bagi yang mahir bermain roller blade rasanya tiada masalah untuk mencuba ice skating di Ice Scape, IOI City Mall, Putrajaya. Ia memerlukan kemahiran meluncur dan sesuatu yang sangat menarik bila melihat anak-anak remaja mahir meluncur di sekeliling gelanggang luncur ais disini.
Berikut ana kongsikan kadar bayaran dan waktu operasi Ice Scape di IOI City Mall,Putrajaya bagi yang sedang mencari maklumat tentangnya.
![]() |
Harga tiket masuk Icescape,IOI City Mall |
![]() |
Sarung tangan dan stokin adalah diwajibkan memakainya untuk menyertai aktiviti ice skating di Icescape, IOI City Mall, Putrajaya.Untuk menjimatkan belanja bawalah dari rumah atau boleh saja beli di beberapa shoplot yang berada di sekitar kompleks dan yang paling murah di Daiso.
~berkongsi info Icescape,IOI City Mall disini~
28 Comments
Suka tengok orang main je. CP kalau main mesti orang ketawa sebab tak pandai-pandai walaupun dah banyak kali cuba.
ReplyDeleteOk gak lah CP mencuba, kalau kak ana mahu tergolek kat situ je hihi :)
Deletesyoknya dapat main..tpi acik x geti haha
ReplyDeleteSamalah acik, anak kak ana yang nak main sangat, lain kali lah agaknya baru bagi dia try :)
DeleteMenarik.... tak pernah lagi meluncur ais setakat ni... berada di tempat bersalji apatah lagi..huhu... Along nk g I-City main salji... tapi masih belum kesampaian lagi.... Agak-agak Kak Ana, ada tak yang nak teman along?huhu
ReplyDeleteeh eh mestilah ada Angah.. ajak je kak ana pun boleh temankan :)
DeleteBestnya kan Kak..wana penah tengok ice skating kat sunway pyramid. Tp wana tak main..tengok ja..takut jatuh..huhu..
ReplyDeleteHaah Wana kat Sunway pun ada , samalah kak ana pun bukan pandai, mau tergolek kat sana hihi :)
Deleteseronok dapat main-main
ReplyDeletekalau pandai main boleh kan Mar :)
DeleteBalik hari tu baru sempat pegi IOI sekali. Tu pun tak sempat habis round.
ReplyDeleteBesar sangat kan Sha, penat gak menawaf satu kompleks :)
DeleteHari tu ada pergi tapi tengok je... tak try pun.. ramaaaaaaiiiiii giler orang... hahahahahaa... :)
ReplyDeletemasa awal2 pembukaan memang ramai kan Ain :)
Deleteassalamualaikum ana...bestkan bawa anak2 berjalan ke sini...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam Mama, haah bawa anak-anak jenjalan tempat baru ni :)
DeleteBestnyer main ice skating
ReplyDeletetengok orang main je CN :)
Deletenampak mcm menarik je..
ReplyDeletemenarik gak Mas , makan angin.
Deletesaya tak pandai..kalau anak2 memang minat la benda2 gini..
ReplyDeleteSamalah DR..anak2 kak ana minat tapi tak berani pula nak mencubanya.
Deletekak ana.... bestnya. aina xpernh main ice skating. hukhuk
ReplyDeleteAina, kak ana pun tak pernah gak :)
DeleteTeringin sgt nak try Ana, tp takut tergolek hehe
ReplyDeletehaha Linda, ana memang tak lah..kompom tergolek kat first step lagi.
DeleteTak pernah cuba Ice skating kak ana
ReplyDeletekak ana lagi lah.. aRz tengok je lah :)
Delete