Perodua Myvi 10th Anniversary Limited Edition

Petang semalam, ana dan keluarga bercadang jalan-jalan ke Setia City Mall di Setia Alam sambil singgah ke rumah ibu saudara yang kurang sihat di Bukit Raja,Klang.Anak-anak ana memang suka ke sini kerana terdapat sebuah taman dengan lanskap yang menarik di luar kawasan kompleks membeli belah Setia City Mall berhadapan Setia Alam Convention Centre.Kebetulan pula sedang berlangsungnya karnival ulang tahun ke-10 kereta Perodua Myvi di sini.Jadi ana kongsikan hari ini antara yang menarik sempena karnival ulang tahun ke-10 Perodua Myvi

Perodua Myvi 10th Anniversary Limited Edition


Sempena ulang tahun Perodua Myvi ke-10 ini, semalam juga Perodua melancarkan sebuah kereta Myvi Limited Edition. Untuk keteranan lanjut mengenai kenderaan ini bolehlah ke laman web pakar kereta yang tidak asing lagi di http://paultan.org/2015/05/23/perodua-myvi-celebrates-10th-anniversary-limited-edition-commemorative-myvi-revealed-10-units-only/ .Rujuklah mereka yang pakar dalam bidang kenderaan kerana ana hanya mampu berkongsi beberapa keping foto sekitar karnival Ulangtahun ke-10 Perodua Myvi yang berlangsung selama dua hari sehingga esok di kawasan padang Setia City Mall,Setia Alam, Selangor.

Berikut ana kongsikan beberapa keping gambar yang sempat ana rakamkan sekitar karnival.


Kereta Perodua Myvi 10th Anniversary Limited Edition yang dilancarkan



Deretan pameran kereta Perodua Myvi dari edisi pertama dipamerkan






Antara yang paling menarik perhatian ana petang itu ialah semasa melihat buat pertama kalinya belon udara panas dinaikkan ke udara.Peluang yang jarang-jarang dapat ana lihat sebelum ini , ana abadikannya disini sebagai kenang-kenangan.