#Cabaran20Hari - Pengalaman Sahur Ana


Masuk hari kedua mencabar diri untuk melengkapkan #Cabaran20Hari Puasa / Raya 2015 kami dari EFG. Selepas selesai persiapan iftar untuk adik Ika barulah dapat mengadap PC menyahut cabaran. Tajuk kedua pilihan kami dari EFG ialah pengalaman sahur. Ana ada dua versi pengalaman sahur yang nak di kongsikan dengan pembaca Anajingga.com hari ini. Dua-duanya pun kisah silam, kerana kisah silamlah yang telah menjadi satu pengalaman manis dan kenang-kenangan sepanjang hayat. Jom teruskan membacanya..


Pengalaman yang pertama dan sering ana ceritakan pada anak-anak ketika kami sahur bersama ialah ketika ana masih kanak-kanak dalam usia enam atau tujuh tahun. Lama tu, berpuluh tahun nan lalu.Ketika itu arwah Tok masih ada dan ana merupakan antara cucu paling manja kerana kami tinggal bersama arwah Tok dan Opah. Rumah kami di kampung, Teluk Intan waktu itu memang memanjang dari ruang anjung nak ke dapur ada beberapa tiang perantaraan di tengah-tengah rumah.

Setiap kali mak mengejutkan untuk bangun sahur, ana pasti akan berhenti di setiap tiang dan sempat lagi melelapkan mata. Dan setiap kali di laung oleh arwah Tok dari dapur, terjaga meneruskan beberapa langkah dan singgah lelap ditiang seterusnya.Begitulah sehingga sampai ke dapur mengadap juadah pun masih boleh memejamkan mata. Sayangnya nak tinggalkan tidur.

Pengalaman kedua yang sempat bermain difikiran ana ketika ini pula ialah ketika ana tinggal bersama mak saudara di Keramat, Kuala Lumpur.Kami tinggal bersama mak saudara ana yang bujang dan dua orang sepupu yang lain di sebuah rumah pangsa di Taman Keramat. Selalunya mak saudara yang akan meletakkan jam loceng di kepala katilnya. Namun subuh itu entah bagaimana terjadi, jam loceng betul-betul di kepala katil ana. Subuh itu apabila jam loceng bergema dengan pantas tangan ana mencapai dan mematikannya.OK.., aman tidur kami sehinggalah paginya mereka semua memarahi ana kerana satu rumah tidak sedar untuk bangun sahur.

Itulah antara kisah-kisah indah yang pernah ana lalui tentang pengalaman sahur yang dapat ana kongsikan untuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya kali ini.Moral of the story.. setiap pengalaman yang kita lalui tak kira pahit atau manis adalah coretan perjalanan hidup yang mewarnai liku-liku kehidupan. Salam Ramadan dan selamat bersahur untuk hari yang kedua esok, In Shaa Allah.