Lukisan Street Art

Menjadi satu trend atau fenomena di mana-mana juga kita dapat melihat lukisan jalanan atau lebih dikenali sebagai Street Art terdapat di serata tanahair.Ia satu cetusan idea yang sangat positif pada ana, kerana belakang-belakang laluan yang dahulunya terbiar dan tidak bersih, kini menjadi tumpuan pelancung dan penduduk tempatan untuk bergambar dan bersiar.Suasana sebegini dapat menghindari daripada gejala-gejala negatif di kawasan sekitar disamping sedap mata memandang.Ana pernah berkongsi tentang salah satu daripada deretan lukisan jalanan atau Street Art yang terdapat di Laman Seni,Shah Alam di SINI .

Kali ini jom kita melihat beberapa keping foto tentang Street Art ini yang ana pinjam dari Facebook Crafterland.Community.Sangat comel dan unik untuk penduduk sekitar bergambar diruang-ruang yang ada.



Ana tidak dapat mempastikan dimana lokasi sebenar kesemua gambar-gambar ini di ambil, namun ana yakin ia merupakan hasil kreativiti seni yang sangat berbakat.Lukisan Street Art begini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kadang-kala ia memenuhi satu ruang dinding yang besar ataupun di jalan-jalan yang luas dan banyak masa diperlukan untuk menyiapkannya.Idea dengan reka bentuk lukisan 3D ini sangat menakjubkan dan sesuai buat mereka yang gemar ber'selfie' sebagai latar belakang yang cantik.
















Dalam kesemua gambar di atas ana pastinya paling suka gambar yang terakhir ni sebab satu formasi lukisan street art kucing yang sangat comel.

Kredit foto Craftland.Community