Rumah Terbalik Port Dickson
Masih bercerita tentang percutian singkat ana dan keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan.Kali ini petang Sabtu tu kami ke Rumah Terbalik pula.Apa yang ada di Rumah Terbalik Port Dickson ni? Memang terbalik betul-betul kah? Teruja bukan main anak-anak dan ibunya sekali nak ke sini.Sebelum ini, ana mendapatkan dahulu sedikit gambaran tentang Rumah Terbalik ni dari rakan-rakan blogger yang pernah berkongsi info dan hari ini ana kongsikan semula disini.
Lokasi Rumah Terbalik Port Dickson
|
kredit foto: FB rumah terbalik port dickson |
Rumah Terbalik atau Art Galery Upside Down ini terletak di No 13A & 15, Jalan Coral Walk,Batu 9,Jalan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.Jangan risau kerana sepanjang perjalanan dari bandar Port Dickson menghala ke Teluk Kemang memang terdapat papan-papan tanda untuk sampai ke galeri ini.Waktu operasinya pula mulai 10:00 pagi hingga 9:00 malam. Harga bayaran tiket untuk warga negara dengan IC ialah RM15 dan kanak-kanak di bawah12 tahun ialah RM10.
Apa yang ada di rumah terbalik Port Dickson ?
Sejujurnya Rumah Terbalik ini hanyalah seperti sebuah studio untuk bergambar dengan pelbagai gimik yang menarik. Terdapat beberapa orang pekerja di dalam geleri yang akan mengajar kita cara berposing dan mendapatkan sudut yang menarik supaya kelihatan pelik dan unik di dalam gambar kita nanti.Menarik juga idea mereka.Maklumlah sekarang ni, hampir semua di antara kita suka bergambar dengan objek-objek yang menarik kan.
Terdapat susunan peralatan rumah yang tergantung di siling dan bila kita bergambar dengan teknik yang tepat seolah-olah kita yang berada di atas siling tersebut dengan gaya yang unik.Alamak dah kantoi tercerita pula ye..haha.. Oklah bagi mereka yang inginkan kelainan aksi dalam bergambar, bolehlah ke sini selain yang berada di Sabah yang dikatakan tidak dibenarkan bergambar di dalam rumahnya.
Disini ana kongsikan beberapa keping foto kami sekeluarga yang sempat ana rakamkan dan keadaan sebenar di Rumah Terbalik Port Dickson ini buat pembaca
anajingga.com.
|
Macam plastic man pula anak buah ana ni :) |
|
adik melekat di atas siling bilik tidur :) |
|
terapung gituu |
~berkongsi kisah disini~
39 Comments
menarik :) sbb boleh bergmbar dlm rumah terbalik. btul la kalo kt sabah, dlm rumah terbalik xbole bergambar. sbb owner dia xbg org tiru. pdahal byk dh rumah terbalik kan skrg ni haha
ReplyDeletehaha..itu kisahnya tak bernarkan bergambar adoi... tq so much AST sudi singgah ke blog kak ana :)
Deleteoh menarik jugak ni yer...
ReplyDeletehihi menarik lah azie nak bergambar kan :)
Deletepening. Nampaknya nak kena pergi jugaklah kan.
ReplyDeleteni blog ketiga nampak korang share benda ni
Jamu Perapat Zaman Moden
haha ye ke NAAF, kira dah wajib pergi lah ni kalau dah tiga kali terbaca haha :)
Deletepening tengok macam mana boleh terbalik. hahaha
ReplyDeleteBahrain, yang terbalik perabot orang tak terbalik pun haha :)
DeleteWahhh bestnyaa :)
ReplyDeletejom nani pi posing2 sini lak :)
DeleteMenarik..:)
ReplyDeletesangat menarik SP :)
Deletebestnya..kalau bwa anak2 mesti best.mesti dorng teruja n pelik..hehehe
ReplyDeletebest ummul bawa anak-anak ke sini :)
Deletewahhh..cantik dan menarik..
ReplyDeletekalau zatie posing sini lagi cantik kan :)
Deleterumah terbalik ni hari ahad tutup kan?
ReplyDeletebuka je hanis rasanya, kak ana pergi hari sabtu hari tu.. ahad lagi ramai kan :)
DeleteSy xleh g tempat mcmni.. mudah pening..hehehe
ReplyDeletehaah bukan terbalik pun amir, :)
DeleteDah ada kat sini? Boleh la singgah takda jauh sangat
ReplyDeletehaah emalin kat PD ni :)
Deletetuari wak dh pegi umah terbalik melaka. bila dh byk sgt rasa dh xbest kann ;p
ReplyDeletehaah lah pula ye wak..dah tak rare dah kan :) tapi boleh lah pergi mana yang berkesempatan tu :)
DeleteMacam best.. Kalau ada kesempatan bolehlah ke situ 😄
ReplyDeleteboleh kan YS kalau kebetulan ke PD nanti :)
Deletebest...boleh pergi nanti ...lama x ke pd
ReplyDeleteboleh kan suzie, lagipun dah lama tak pi PD tu hehe :)
Deletebestnya..ada kesempatan boleh singgah nanti
ReplyDeletekalau CP pi PD cari kay rumah terbalik ni :)
Deletekak na...ilmu tinggi btol smpai boleh trapung?ahha
ReplyDeleteermm berani long , sat gi along pun terapung kak ana tiup je haha :)
DeleteSalam, hahaha bestnyaa....N9 pun dh ade rumah terbalik, xyah jauh2 g sabah ke mana tu...hehe..paling best part yg tembus besi hijau tu kononnya...creative gila buat nampak real! nice
ReplyDeletetu lah Lynn dekat dah kan boleh lah pii nanti :)
DeleteWah mcm best je hehehehe. Mcm nak pergi je :p
ReplyDeletebest lah kak cik nanti pi pastu update kay :) selamat bercuti.
Deletetak payah pergi sabah dah, kat pd pun ada
ReplyDeleteCikla pernah jugak ke sini. Yg paling excited anak anak Cikla lah...hihi
ReplyDeletememang best, masa kak ana pergi ni harganya rm15 tapi baru2 ni ada sepupu pergi dah naik rm20 sebab di tingkat atas juga dah ada galeri baru.
Delete