Rumah Terbalik Port Dickson

Masih bercerita tentang percutian singkat ana dan keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan.Kali ini petang Sabtu tu kami ke Rumah Terbalik pula.Apa yang ada di Rumah Terbalik Port Dickson ni? Memang terbalik betul-betul kah? Teruja bukan main anak-anak dan ibunya sekali nak ke sini.Sebelum ini, ana mendapatkan dahulu sedikit gambaran tentang Rumah Terbalik ni dari rakan-rakan blogger yang pernah berkongsi info dan hari ini ana kongsikan semula disini.




Lokasi Rumah Terbalik Port Dickson

 

lokasi rumah terbalik port dickson
kredit foto: FB rumah terbalik port dickson

Rumah Terbalik atau Art Galery Upside Down ini terletak di No 13A & 15, Jalan Coral Walk,Batu 9,Jalan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.Jangan risau kerana sepanjang perjalanan dari bandar Port Dickson menghala ke Teluk Kemang memang terdapat papan-papan tanda untuk sampai ke galeri ini.Waktu operasinya pula mulai 10:00 pagi hingga 9:00 malam. Harga bayaran tiket untuk warga negara dengan IC ialah RM15 dan kanak-kanak di bawah12 tahun ialah RM10.

Apa yang ada di rumah terbalik Port Dickson ?

Sejujurnya Rumah Terbalik ini hanyalah seperti sebuah studio untuk bergambar dengan pelbagai gimik yang menarik. Terdapat beberapa orang pekerja di dalam geleri yang akan mengajar kita cara berposing dan mendapatkan sudut yang menarik supaya kelihatan pelik dan unik di dalam gambar kita nanti.Menarik juga idea mereka.Maklumlah sekarang ni, hampir semua di antara kita suka bergambar dengan objek-objek yang menarik kan.

Terdapat susunan peralatan rumah yang tergantung di siling dan bila kita bergambar dengan teknik yang tepat seolah-olah kita yang berada di atas siling tersebut dengan gaya yang unik.Alamak dah kantoi tercerita pula ye..haha.. Oklah bagi mereka yang inginkan kelainan aksi dalam bergambar, bolehlah ke sini selain yang berada di Sabah yang dikatakan tidak dibenarkan bergambar di dalam rumahnya.

Disini ana kongsikan beberapa keping foto kami sekeluarga yang sempat ana rakamkan dan keadaan sebenar di Rumah Terbalik Port Dickson ini buat pembaca anajingga.com.



Macam plastic man pula anak buah ana ni :)

adik melekat di atas siling bilik tidur :)



terapung gituu











~berkongsi kisah disini~