Aiskrim kelapa sekarang ni memang trending dan menjadi kesukaan ramai. Memang rasanya unik dan sedap, lemak-lemak manis sangat.Yang pernah ana temui aiskrim kelapa ni ada dua jenis, pertama yang memang aiskrim dari bahan kelapa muda dan yang kedua aiskrim perisa berlainan tetapi di makan bersama isi kelapa muda. Pernah ana kongsikan makan aiskrim kelapa Sangkaya di SINI .Namun hari ini, ana mencuba pula menghasilkan sendiri aiskrim kelapa di rumah.Erm jangan tak percaya ianya memang sedap dan lemak berkrim. Jom ana kongsikan buat pembaca anajingga.com.




Cara membuat aiskrim kelapa


cara buat aiskrim kelapa
kelapa muda

Ana menggunakan sebiji kelapa pandan muda yang dibeli di gerai tepi jalan sahaja.Keluarkan isi dan airnya dan letakkan ke dalam jug. Ambil sebahagian isi kelapa untuk di letakkan di dalam acuan aiskrim dan selebihnya masukkan ke dalam blender.Masukkan susu pekat manis dan blend bersama air kelapa muda hingga pekat.Tuang ke dalam acuan aiskrim atau jika tidak ada, bolehlah jadikan aiskrim Malaysia sahaja dengan mengisi ke dalam plastik punjut aiskrim tu.Keraskan di dalam freezer dan apabila keras bolehlah menikmatinya di rumah bersama anak-anak.Mudahkan, tetapi ianya sangat sedap dan pekat tidak cair kerana kita tidak menambah air kepada adunan tadi.

Selamat mencuba, aiskrim kelapa yang mudah dan sedap ni.