Bagaimana memilih telur asin yang baik 


telur asin


Selalu juga terkena kan apabila kita membeli telur asin atau sesetangah orang memanggilnya telur masin ni, bawa balik dan rebus isinya tak berapa elok dan telah lama. Ana terfikir juga bagaimana caranya untuk mempastikan kita membeli telur asin yang baru, segar dan masih elok isi di dalamnya. Maklumlah bukan murah harga sebiji telur asin ni, kali terakhir ana membelinya kalau  tak salah 90 sen sebiji. Erm mungkin kerana telur itik tak banyak dan proses membuatnya juga makan masa.

Telur asin ni popular ketika bulan Ramadan, sangat sesuai untuk di makan ketika sahur buat penambah selera. Dan begitu juga penggemar nasi kerabu, antara aksesori wajib dalam hidangannya ialah telur asin ni. Jadi bagaimana kita hendak mempastikan telur asin yang kita beli itu adalah yang segar dan masih elok.

Satu petua yang sering ana buat ketika membelinya ialah pertama, pastikan salutan serbuk hitam di luarnya berwarna hitam pekat dan masih basah lapisan tanahnya. Bermaksud tidak terlalu kering, kerana selalunya yang sudah kering pasti ia sudah terlalu lama di simpan.

Dan yang kedua, ianya berat dan bukan ringan bila di angkat. Ana yakin apabila ia berat isi di dalam telur masih segar dan elok kerana pernah terkena beli yang ringan bila di rebus isinya sudah tidak segar dan ada yang sudah busuk.Telur asin yang elok ialah apabila di belah telur kuningnya berwarna oren pekat kan..

Ana pasti, terdapat lagi pelbagai cara yang dan petua yang ada yang boleh diguna pakai untuk mempastikan kita membeli telur asin yang elok. Jom kongsikan disini kalau ada :)


telur asin