Cara Memilih Telur Asin Yang Elok
Bagaimana memilih telur asin yang baik
Selalu juga terkena kan apabila kita membeli telur asin atau sesetangah orang memanggilnya telur masin ni, bawa balik dan rebus isinya tak berapa elok dan telah lama. Ana terfikir juga bagaimana caranya untuk mempastikan kita membeli telur asin yang baru, segar dan masih elok isi di dalamnya. Maklumlah bukan murah harga sebiji telur asin ni, kali terakhir ana membelinya kalau tak salah 90 sen sebiji. Erm mungkin kerana telur itik tak banyak dan proses membuatnya juga makan masa.
Telur asin ni popular ketika bulan Ramadan, sangat sesuai untuk di makan ketika sahur buat penambah selera. Dan begitu juga penggemar nasi kerabu, antara aksesori wajib dalam hidangannya ialah telur asin ni. Jadi bagaimana kita hendak mempastikan telur asin yang kita beli itu adalah yang segar dan masih elok.
Satu petua yang sering ana buat ketika membelinya ialah pertama, pastikan salutan serbuk hitam di luarnya berwarna hitam pekat dan masih basah lapisan tanahnya. Bermaksud tidak terlalu kering, kerana selalunya yang sudah kering pasti ia sudah terlalu lama di simpan.
Dan yang kedua, ianya berat dan bukan ringan bila di angkat. Ana yakin apabila ia berat isi di dalam telur masih segar dan elok kerana pernah terkena beli yang ringan bila di rebus isinya sudah tidak segar dan ada yang sudah busuk.Telur asin yang elok ialah apabila di belah telur kuningnya berwarna oren pekat kan..
Ana pasti, terdapat lagi pelbagai cara yang dan petua yang ada yang boleh diguna pakai untuk mempastikan kita membeli telur asin yang elok. Jom kongsikan disini kalau ada :)
34 Comments
Akak kalau beli nasi kerabu ..
ReplyDeleteTelur asin ni tak tinggal lah..
Penambah selera bak kata ana tu..
Terima kasih kongsi tips tu ana
sama-sama, nasi kerabu wajid telur asin kan CH :)
DeleteTq Kak ana share ilmu nie.. Sha suka makan telur masin bila bersahur.. Rasa terbuka selera.. Tapi tu lah kenkadang telur nya dah rosak.. huhuhu
ReplyDeletehaah kak ana pun terkena juga Sha kadang-kadang :)
Deletetelur masin peberet tuh..
ReplyDeletebungkus nasi berlauk pon buh telur masin..
sedapkan Zee :)
Deletewani pun selalu jugak beli telur asin ni.. baru ni ada beli ya Allah 5 biji semua busuk.. huu..lepas tu confused kalau terlebih lama telur asin ni ada sekali rebus ..telur kuning entah ke mana .. macam tenggelam masuk dalam telur putih ...
ReplyDeletetu lah wani kecewa juga bila rebus tak berapa nak elok ni, bukan murah lak tu harganya :)
Deletebagus perkongsian kak ana...lama benar KG tak ke sini...rindu k.ana...pasal telur masin tu...KG tak berapa gemar yg bersalut hitam tu..klu beli ambik yg putih aje nampak kesegaran dr situ...hehehe
ReplyDeletehaah rindu KG juga, kak ana doakan KG semakin sukses dalam apa juga urusan ye, aamin. :)
DeleteYe baru terfikir logiknya.
ReplyDeleteLain kali bila Mrs. A beli telur asin tips yang k. Ana kongsi ni pasti akan dipraktikkan. Hiks!
Cubalah Mrs A, mana tahu mujarab haha :)
Deleteakak pun suka beli yg dalam balang terendam air garam kut.yg tu melayu punya kalau tak silaplah..
ReplyDeletekat kawasan ni tak ada jenis tu KY, semua yang sakut habuk hitam ni sahaja :(
Deletethanks kak ana share tips ni.. ain pun tak tahu nak pilih telur asin yang elok.. main agak2 je... huhuhuhuuu... tapi setakat ni tak kena yg busuk lagi, cuma pernah kena telur asin yg kuningnya tak oren pekat tu.. cuma kuning pucat je.. tak best..! huhuhuhuuu...
ReplyDeletetak best kan kalau yang tak oren pekat tu, rasapun tak sedap :)
DeleteSaya anak beranak suka makan telur asin ni kak ana...last tekena beli telo rosak bulan puasa yg lepas...betol la cakap akak tu sebab masa beli saya perasan gak yg telo asin tu cam ringan je...pasni kene pilih betol2 dan ikut petua akak ni... :)
ReplyDeletehiihii selalunya yang ringan tu dah lama, lampong kata orang Perak malinda :)
Deleteoke.. tau dh cara nak pilih.. feveret ni..hihi...
ReplyDeleteoke niss, pasni beli hat elok2 ye :)
DeleteMmg pembuka selera sgt telur asin nie kak..nak2 pulk tang telur kuning tuh..berebut..hehe..
ReplyDeletesamalah Falsya, part kuning tu paling awesome kan hihi :)
Deletepeberet di bulan puasa. makan ni sj pun dah rasa cukup sgt
ReplyDeletekan bulan puasa antara yang wajib ada untuk sahur selalunya :)
Deleteaida plak jarang beli yg masih bersalut ni.
ReplyDeletebeli siap2 da bersih.
and most of the time, mak bwk dtg :)
mak abah lebih arif membeli.
but this is a very good sharing.
alhamdulillah aida, kat sini jual semua yang bersalut ni sahaja tu yang payah sikit :)
Deletenice tips kak. Lissa memang suka telur masin. makan telur masin tak campur apa2 pun boleh :D
ReplyDeletesedapkan lisa :)
DeleteBila2 masa pun feveret telur asin ni...teringat masa balik kampung dulu, beli telur asin kat sorang pakcik di pekan sari. home made katanya tak beli menyesal..sebab telur kuningnya lemak berair...
ReplyDeleteBila balik rumah rebus..belah2...adui...cantiknya telur asin dia..merah berair. Semuanya mcm tu. menyesal beli 3 biji saja...
alahai kak mala bestnya... :)
DeleteSelalu beli yang dalam pek je. Siapa da tarikh luput lagi. Agak-agak lama lagi tarikh dia, ok la kut? Haha (Apa lah Sha tengok macam tu T_T). Pehni beli telur masin, Sha apply 2 tips utama ni :)
ReplyDeleteok sha cuba aply pula ye hihi :)
DeleteSelalu mak mertua yang buatkan, sebab dia ada pelihara sendiri angsa dibelakang rumah hehe..
ReplyDeletewow telur angsa, mesti besar kan SP, selalu kalau di sini telur itik sahaja yang di gunakan.
Delete