Buku Mewarna Secret Garden 


secret garden colouring book

Anda sudah terjebak? Ramai yang sudah terjebak dengan fenomena buku mewarna Secret Garden buat ketika ini. Memang tersangat terpikat dengan ilustrasi lukisan yang ada di dalamnya. Kembali ke zaman kanak-kanak di mana aktiviti mewarna yang sangat mengujakan. Jika dahulu, ana selalu belikan anak-anak buku mewarna watak princess yang cantik-cantik dan ibunya sekali akan turut mewarna, kini fenomena itu muncul kembali apabila terjualnya naskah lukisan-lukisan indah karya Johanna Basford di pasaran. Tiga judul yang sedang hangat diperkatakan ketika ini ialah Secret Garden, Enchanted Forest dan Lost Ocean

Baru-baru ini, ana ke Setapak Central dan Adik Ika mengajak ke kedai buku Popular untuk mencari buku mewarna Secret Garden. Terpamer di ruang kedai deretan buku yang menjadi buruan peminatnya masa kini. Harga untuk senaskah buku mewarna  Secret Garden ialah RM35 namun sekarang ada promosi di kedai buku Popular di mana beli dua buah buku (Secret Garden dan Enchanted Forest ) pada harga RM45.Manakala harga untuk Lost Ocean ialah RM 59.95. Rebat tertakluk pada terma dan syarat .Promosi sehingga 27 Disember 2015 ini sahaja, jadi kalau berminat kena cepat-cepat pergi ke mana-mana cawangan kedai buku Popular.  


harga buku mewarna secret garden


Sebenarnya buku-buku mewarna ini juga terdapat di MPH, Kinokuniya atau lain-lain kedai cuma sering kali kehabisan stok untuk memilikinya. Buku ini mengandungi 48 mukasurat dan gambar-gambar lukisan  yang copyright . Kualiti kertas juga tebal dan ianya dijahit supaya tidak terlerai apabila disimpan lama. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.





Untuk buku bertajuk Secret Garden ini, kandungan ilustrasinya bertemakan taman di mana kebanyakkannya motif bunga-bungaan, dedaunan, serangga dan hiasan taman. Dah nama lagi 'taman rahsia' kan. Namun kecekalan dan keyakinan untuk menghabiskan setiap helaian amatlah perlu kerana buku ini bukannya murah. Namun biasalah kita ni kadang-kadang benda-benda baru ni begitu teruja nak buat namun lama-kelamaan terbiar begitu sahaja. Ia sudah dianggap satu pembaziran kan. Dan jika membelinya pastikan kita turut membeli pensil warna yang berkualiti, barulah hasilnya cantik dan bersih nanti. Jom kita mewarna bersama Secret Garden :)