Buku Mewarna Secret Garden
Buku Mewarna Secret Garden
Anda sudah terjebak? Ramai yang sudah terjebak dengan fenomena buku mewarna Secret Garden buat ketika ini. Memang tersangat terpikat dengan ilustrasi lukisan yang ada di dalamnya. Kembali ke zaman kanak-kanak di mana aktiviti mewarna yang sangat mengujakan. Jika dahulu, ana selalu belikan anak-anak buku mewarna watak princess yang cantik-cantik dan ibunya sekali akan turut mewarna, kini fenomena itu muncul kembali apabila terjualnya naskah lukisan-lukisan indah karya Johanna Basford di pasaran. Tiga judul yang sedang hangat diperkatakan ketika ini ialah Secret Garden, Enchanted Forest dan Lost Ocean.
Baru-baru ini, ana ke Setapak Central dan Adik Ika mengajak ke kedai buku Popular untuk mencari buku mewarna Secret Garden. Terpamer di ruang kedai deretan buku yang menjadi buruan peminatnya masa kini. Harga untuk senaskah buku mewarna Secret Garden ialah RM35 namun sekarang ada promosi di kedai buku Popular di mana beli dua buah buku (Secret Garden dan Enchanted Forest ) pada harga RM45.Manakala harga untuk Lost Ocean ialah RM 59.95. Rebat tertakluk pada terma dan syarat .Promosi sehingga 27 Disember 2015 ini sahaja, jadi kalau berminat kena cepat-cepat pergi ke mana-mana cawangan kedai buku Popular.
Sebenarnya buku-buku mewarna ini juga terdapat di MPH, Kinokuniya atau lain-lain kedai cuma sering kali kehabisan stok untuk memilikinya. Buku ini mengandungi 48 mukasurat dan gambar-gambar lukisan yang copyright . Kualiti kertas juga tebal dan ianya dijahit supaya tidak terlerai apabila disimpan lama. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.
Untuk buku bertajuk Secret Garden ini, kandungan ilustrasinya bertemakan taman di mana kebanyakkannya motif bunga-bungaan, dedaunan, serangga dan hiasan taman. Dah nama lagi 'taman rahsia' kan. Namun kecekalan dan keyakinan untuk menghabiskan setiap helaian amatlah perlu kerana buku ini bukannya murah. Namun biasalah kita ni kadang-kadang benda-benda baru ni begitu teruja nak buat namun lama-kelamaan terbiar begitu sahaja. Ia sudah dianggap satu pembaziran kan. Dan jika membelinya pastikan kita turut membeli pensil warna yang berkualiti, barulah hasilnya cantik dan bersih nanti. Jom kita mewarna bersama Secret Garden :)
34 Comments
cantik arh kalau nak mengasah skilmewarna.. dah lama rasanya tak mewarna..
ReplyDeletedah la skil tak berapa nak ada.. hehe.. pensil warna pun dah tak dak dah.. huh
tu lah Zaf, kalau beli buku ni kena beli pensil warna ,best lagi kalau yang 24 batang tu kan wallahhh :) baru syok
DeleteSelamat mewarna Kak Ana dan Dik Ika...
ReplyDeleteJom Zaf :)
DeleteWah kena kreatif utk mewarna tu Ana..
ReplyDeleteCH memang fail bab mewarna..
Sebab tu anak2 pun tak ada yg minat mewarna..
Tak payahlah mereka masuk peraduan mewarna.. memang lah tak menang hahahha..
Selamat mewarna adik Ika dan Ana..
Nanti dah siap tunjuk kat blog ye Ana..
haha ni warna je ikut kreativiti kita CH, lukisan dah ada tu :)
Deletekalau saya ajar subjek seni ni, boleh beli buku ni untuk ajar dalam kelas :)
ReplyDeleteboleh gak Nick :)
Deletemacam buku kaler2 utk org dewasa je.. hehe
ReplyDeletehaah Raz, memang untuk orang dewasa ni , agak rumit lakaran Johanna ni :)
DeleteHurm nak mewarna dengan anak yang masih kecil memang tidaklah. Mewarna ialah kegagalan semasa kecil. Hahaha.
ReplyDeleteanis, anak kecil tak leh guna buku ni, mungkin belum masa yang sesuai lagi :)
DeleteTetiba rasa teringin nak mewarna gak ^-^
ReplyDeleteJom Zumal :)
Deletetapi lukisannye nampak complecated sgt. kalo org x cukup sabar cam zura nih mesti sekerat jalan jer.kekeke
ReplyDeletetu lah zura, kena tabahkan hati nak habiskan setiap helaian kan .
Deletesape yg nak colour tu...anak ke mak nyer :)
ReplyDeletecap ibu dan anak Suki hihi :)
Deleteselamat mewarna kak
ReplyDeletecantik lukisan buku tu
dulu kalau mewarna air, hancur terus lukisan, kemain lukis cantik2
x reti sgt guna water colour
samalah kak ana pun Yumida, kalau guna water color orang jadi hantu nanti, ni kaler pensil boleh lah hihi :)
DeleteHari tu kawan Nani ada beli buku ni jugak :D
ReplyDeletenani tak nak mewarna ke ?? hihi
DeleteLissa ada buku ni satu. tapi yang nipis jaa.. huhu tapi best betul mewarna dengan buku ni, kak. enjoy :D
ReplyDeletehaah lisa yang nipis pun okay dah kan :)
DeleteBest jgk sesekali dapat mewarna.
ReplyDeletekan shameel :)
Deleteada gmbr lepas kaler tak mak ana? hehe2
ReplyDeletehehe tunggu ye wak, panjang umoq... setahun dua lagi ana publish hehe :)
Deletesaya tak boleh mewarna begitu seni..halus..tabik denga insan seni yang melakar lukisan begitu indah tu
ReplyDeletecantik dankreatif kan Etuza :)
Deletemacam menarik jer ana..nanti tunjukkan yg dah siap di warnakan ye..
ReplyDeletealamak , kita tunggu ye KY :)
DeleteGuna colour ape ye ?
ReplyDeletepensil warna dear :)
Delete