Bulan Disember lepas, ana ada kongsikan kisah ana ke Kaison, Setapak Centre untuk membeli wallpaper di SINI . Namun oleh kerana ana tidak membuat ukuran yang tepat, kami sekadar cuci mata dan buat pilihan dahulu corak yang berkenan di hati. Ketika Kak Long cuti sem sempena perayaan Krismas dan Tahun Baru, sekali lagi kami ke Kaison dan kali ini berjaya membeli beberapa gulung wallpaper untuk ruang tamu dan bilik tidur. Dan hari ini, ana kongsikan hasil kreativiti kami DIY pasang wallpaper sendiri. 




Cara Pasang Sendiri Wallpaper Di Rumah


Sebenarnya mudah sangat untuk memasang wallpaper yang telah pun mempunyai gam dibelakangnya ni. Ianya adalah 'sticker wallpaper' , namun yang di jual di Kaison ini sangat berkualiti dan agak tebal lapisannya. Jangan tersilap kerana  wallpaper di Kaison ada dua jenis, yang berharga Rm19.90 ini telah mempunyai gamnya di bahagian belakang, manakala yang berharga Rm55 segulung pula tidak bergam. Kita perlu membeli gamnya yang berharga RM7.90 dan membancuh serta menyapunya sendiri sebelum melekatkannya ke dinding. 

Walaubagaimanapun, kualiti wallpaper tanpa gam ini lebih cantik coraknya dan keluasannya lebih besar.Cuma suami ana bimbang jika tersalah sapu dan tersilap ketika memasangnya kelak, kami mencuba dahulu wallpaper yang sedia bergam sebagai percubaan pertama memasang wallpaper di rumah.

Sebelum datang membeli wallpaper disini, pastikan ukuran panjang x lebar dinding atau keluasan dinding yang ingin dipasang dicatatkan. Ini untuk mengelak pembaziran kerana setiap satu gulung wallpaper dengan gam ini mempunyai 45cm x 10 meter.* segala informasi yang ana kongsikan disini adalah pada tarikh entri diterbitkan, mungkin ada berlaku perubahan dari segi harga dan ukuran.


corak wallpaper
Pelbagai pilihan corak wallpaper yang ada di Kaison 

Memang rambang mata nak membuat pilihan dari pelbagai corak yang ada di sini.Kenalah bijak mengikut tema dan warna pilihan hati masing-masing kan.





Bahan yang diperlukan, pastinyalah wallpaper, pisau yang tajam dan scrapper atau alat untuk meratakan permukaan dan kain basah untuk mempastikan tiada ruang udara di antara dinding dan wallpaper yang telah dilekatkan. 



Bersihkan permukaan dinding yang hendak dipasang wallpaper daripada habuk atau sebarang paku supaya permukaan wallpaper yang dipasang kelak akan kelihatan rata dan cantik.




Dan mulalah memasang sekeping demi sekeping, kemudian apabila telah pastikan kelurusan dan susunan coraknya senada, gunakan scrapper atau gunakan kain basah sahaja untuk melekatkannya dengan elok.Pastikan tiada ruang udara antaranya agar ia kelihatan kemas.Teruslah menampal sehingga selesai.








Semoga perkongsian ana di www.anajingga.com dapat memberi serba sedikit gambaran dan informasi serta idea buat mereka yang sedang bercadang untuk menukar tatarias dekorasi dalaman rumah. Dengan bajet yang murah, In Shaa Allah kita boleh mendapat hasil yang memuaskan hati masing-masing. Tak salah mencuba sesuatu kelainan kan. Mungkin bila sudah jemu kelak boleh ditanggal semula dan tukarlah sama ada dengan corak yang lain atau mengecatnya semula. Ikutlah citarasa dan pilihan hati sendiri. Rumah kita biarlah cara kita tentukan.