Resepi Kari Kerang Bersama Terung Pipit 




Kenal tak terung pipit?? Ana pernah terbitkan satu entri tentang terung pipit ni di SINI . Seperti yang pernah ana ceritakan dahulu di www.anajingga.com, di kampung halaman ana di Teluk Intan, memang ada pokok terung pipit dan buahnya lebat sepanjang masa. Oleh sebab itu jugalah, mak sangat kreatif mencipta resepi menggunakan buah terung pipit ni. Pelbagai menu yang pernah mak ana masak dengan mencampurkan buah terung pipit dan salah satunya ialah kari kerang bersama terung pipit yang sedap ni. 

Cara memasak kari kerang bersama terung pipit ni mudah sahaja. Samalah seperti masak kari biasa cuma digabungkan dengan terung pipit yang dibelah dua. Sedap sangat, maklumlah air tangan mak pastinya yang terlazat di selera kita kan. 

Antara bahan yang digunakan ialah :

Isi kerang yang direbus dan dikupas.
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk kari daging
Air asam jawa
Santan
Buah terung pipit di belah dua
Garam

Cara-cara memasak kari kerang bersama terung pipit: 


Tumbuk bawang merah,bawang putih, halia.
Gaulkan serbuk kari dan masukkan air asam jawa ke dalam ramuan kari tadi.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan ramuan serbuk kari hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.Kemudian masukkan santan.
Apabila sekali didih masukkan buah terung pipit tadi dahulu. 
Masak seketika dan akhir sekali masukkan isi kerang dan garam ikut rasa.
Tujuan masukkan kerang akhir sekali ialah supaya kerang tidak terlalu kecut, dan isi kerang telah pun direbus sebelumnya  kan. 
Siap satu hidangan dari resepi ibunda.

Kalau ada terung pipit nanti, bolehlah mencuba masakan mak ana ni , In Shaa Allah. 


26 Comments

  1. first time dengar kari kerang kak..hahahaha...terung pipit tuu Sally tak makan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Sally, mee kari pun buh kerang kan.. haah anak-anak kak ana pun tak suka makan terung pipit ni :)

      Delete
  2. Selalu kerang makan dalam mee kari. Hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Nani, wajib dalam mee kari tuu kerang ni :)

      Delete
  3. Replies
    1. kan wana sedap kak ana pun suka makan kerang :)

      Delete
  4. assalamualaikum ana...sedap ni boleh cuba nanti tapi terung pipit tu yg susah sgt nak jumpa nya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, boleh je mama gantikan dengan terung biasa kan :)

      Delete
  5. sedapnya, sebab kerang tu yg jadi sedap sangat tu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. haha rare ni Suki, memang payah nak jumpa di kedai :)

      Delete
  7. nampak sedap.. ehe tapi lisa tk makan kerangg

    ReplyDelete
    Replies
    1. lisa gantikan dengan udang pun boleh tuuu :)

      Delete
  8. Kak Ana, Bonde bayangkan, kuah Kari ni, Makan dengan nasi panas dengan ikan masin sepat! sorry sapa-sapa lalu tak nampak yea! jgn marah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bijak Bonde ye... nasiblah siapa yang lalu depan Bonde time tu kan hihi :)

      Delete
  9. terung pipit la best...pahit2 lemak gitu...saya suka makan mentah je kak atau masuk kan dalam sambal ikan bilis tapi jgn masak lelama nanti kalau dah tak rangup tak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Malinda, sedap juga masak sambal tumis dengan ikan bilis kan, buat ulam-ulaman pun okay, betul tu tak boleh masak lama sangat hilang kerangupannya.

      Delete
  10. Memang sedap terung pipit ni ana..
    Rumah arwah mak akak pun ada pokok terung pipit ni..
    Tumbuh melata dgn byk..
    Mak akak suka goreng sambal berlada dgn ikan tamban..
    Rindu pulak huhuhu..

    Tak pernah pulak masak kari dgn kerang tu ana..
    Nanti akak nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah menu baru tu Norhayati, goreng sambal berlada dengan ikan tamban.. dah boleh bayangkan kesedapannya.. sayu pula baca komen yati.. in shaa allah cubalah ye jika ada terung pipit di rumah nanti.

      Delete
  11. Ini kali kedua kak baca pasal kari kerang..memang belum pernah cuba dan tak terpikir pula sebelum ni kerang boleh dikarikan..hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa kak Mala, mee kari pun kan buh kerang dalamnya hihi :)

      Delete
  12. Sedapnya kerang... First time dengar buat masak kari.. pastu buh terung pipit lak.. Selalu sha makan rendang kerang , sambal kerang x pun kerang rebus.. cam best je..

    ReplyDelete
  13. first time tau yang kerang boleh masak kari jugak..selalu masak lemak cili api je..ermmm sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pula pestaim dengar kerang masak lemak cili api SA :)

      Delete