Siapa sangka kan dengan izinNya petang Ahad lepas, ana diberiNya kesempatan bertemu salah seorang dari puluhan rakan blogger yang hanya ana kenali dan beramah mesra di alam maya. Maklumlah, ana bukanlah seorang 'event blogger' yang pergi ke acara-acara atau membuat liputan diluar. Sekadar menulis dari ruang kecil di satu sudut di rumah sahaja. 

Namun jika dengan izinNya segala apa pun boleh berlaku.PCL whatsapp menyatakan beliau akan ke sebuah butik sepupunya yang juga kebetulan jiran dan client ana di sini. Sesampai sahaja di rumah, kebetulan ana ke Kuala Lumpur petang itu, selesai solat Asar ana terus ke tempat yang dijanjikan dan bertemu muka sambil berbual mesra dengan PCL, isteri manisnya MamaD dan dua orang puteri kesayangannya. Alhamdulillah.


Ana yakin ramai sahabat blogger kenal atau paling tidak pun pernah bertandang ke blog www.nazlee.com atau lebih mesra dengan panggilan PCL ni. Senior dalam pengalaman berblog dari ana sendiri punyai ribuan follower dan telah pun mencecah 2 juta pageview di blog beliau.Hebat kan. Banyak info-info menarik, menu masakan isteri kesayangannya mamaD ( yang comel sebelah ana tu ) dan berkongsi kisah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.




Ana mengenali secara rapat PCL ketika kami pernah sebumbung di dalam sebuah group blogger tahun lepas. Kami sama-sama berkongsi ilmu blog dan pelbagai pertukaran pengalaman masing-masing dan beberapa kali bekerjasama dalam beberapa kempen pengiklanan di blog. Satu pengalaman yang seronok bila saling bertukar-tukar pandangan dan idea. 

Namun kini kerana kekangan masa yang agak terbatas, ana kembali bergerak solo namun ukhwah yang terjalin tetap diteruskan bersama sahabat-sahabat serta adik-adik blogger yang ada. Tak kira sama ada  berada di dalam satu bumbung atau tidak, apa yang penting ialah kemesraan yang dapat kita rasakan sesama insan yang berkongsi minat dan kisah yang sama di dunia maya.Kita adalah sahabat blogger.

Semoga ikatan dan ukhwah yang ada ini kekal selamanya di dalam kita meniti perjalanan masa yang dizinkanNya kita berada. Perkongsian demi perkongsian yang tercoret, biarlah yang baik-baik malah memberi manfaat buat orang lain, In Shaa Allah.