SAFI...satu jenama yang telah sinonim dengan rangkaian penjagaan wajah wanita khususnya. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi namun hari demi hari SAFI tidak pernah berputus asa untuk terus membantu wanita-wanita di luar sana agar menjadi lebih cantik dan memiliki kulit wajah yang lebih sihat dan sempurna. Dan kini... SAFI menampilkan rangkaian penjagaan wajah dengan formulasi dari rahsia alam yang telah dipercayai berkurun lamanya..HABBATUS SAUDAH.





Ana sememangnya pengguna tegar rangkaian penjagaan wajah SAFI ni sejak dari awal lagi. Dan baru-baru ini, ana diberi peluang untuk mencuba sendiri rangkaian penjagaan wajah SAFI dengan formulasi baharu yang diperkaya dengan HABBATUS SAUDAH di gabung dengan khasiat alam seperti sari LIDAH BUAYA atau ALOE VERA, GAMAT dan susu MANGGIS. Pastinya setiap penambahbaikan dalam sesuatu formula akan memberi kesan yang lebih positif pada wajah kita, In Shaa Allah.





Kelainan yang paling ketara ialah setiap kali selepas menggunakan pembersih wajah SAFI dengan Ekstrak Susu Manggis dan Habbatus Sauda ni, secara jelas terasa lembut sangat raut wajah kita. Aromanya nyaman sekali dan ketika kita kaum wanita ni mengalami masalah jerawat bermusim khasnya ketika 'bulan mengambang' tu, pastikan mencuci wajah dengan Pencuci Wajah Ekstrak Gamat dan Habbatus Sauda. Kesan positif yang ana rasai sendiri, jerawat cepat mengecut dan yang paling best tidak meninggalkan parut. Alhamdulillah. 

Dalam keadaan cuaca panas dan di waktu malam pula kita tidur dalam bilik berhawa dingin, penggunaan pelembab wajah menjadi suatu kemestian. Pilihan Krim Pelembab dari SAFI dengan Ekstrak Aloe Vera dan Habbatus Sauda, mempastikan kulit kita bebas minyak dan mengekalkan kelembapannya sepanjang hari.

Ini memangnya rutin harian ana di mana tiga rangkaian penting yang wajib di gunakan setiap hari iaitu pembersih, penyegar dan krim pelembab.Kesemua ini boleh kita miliki dari rangkaian penjagaan wajah SAFI. Malah untuk asas solekan pada wajah juga ,ana memilih Krim Kecantikan SAFI Aloe Vera dan Habbatus Sauda yang telah diperbaharui formulasinya dengan kelembapan asli dari ekstark tumbuhan.

Mengapa kita harus memilih rangkaian penjagaan wajah SAFI yang diperkaya dengan khazanah alam khasnya Habbatus Saudah ini ? Jawapan nya ada disini, teruskan pembacaan anda di www.anajingga.com




Rangkaian Pembersih Wajah SAFI - Khasiat Alamiah Berganda,Diperkaya 1001 Manfaat Habbatus Sauda




Tiada yang sebaik sentuhan semulajadi. Kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun diperakui ramai sejak zaman- berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Harus difahami bahawa membersih wajah menggunakan pembersih wajah akan menjadikan kulit lebih halus dan lembut berbanding sabun biasa. Penggunaan pembersih wajah amatlah penting kerana ia diformulasi khas untuk tekstur kulit wajah. Inspirasi ekstrak semula jadi yang selamat dan efektif pada kulit wajah menzahirkan khasiat terkitabSAFI dalam memberi yang terbaik untuk semua wanita.

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajahSAFIyang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasaiformulasi ekstrak semulajadi yang hadir dalam variasi berikut- Sari Mentimun & Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda, dan Sari Gamat &Habbatus Sauda.


Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan.Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alampasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna.

Berikut adalah wahana baharu buat wajah cantik berseri:

Formulasi dipertingkat!

Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi.Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Ayuh nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secarasemulajadi.


Rangkaian Produk Pembersih Muka SAFI

 

    Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI

 

50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80

Rasai manfaat Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!

 

 Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI 


 




50g-RM 6.10, 100g-RM10.80

Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!

Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI 

 






50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!

Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI







100ml- RM 7.50

Dapatkan kehebatan dua khasiat alamiah Sari Mentimun dan Pokok Lidah Buaya yang membuatkan kulit wajah anda tegang dan dengan penyegar Safi. Penyegar tanpa alcohol ini berkesan mengecilkan pori sambil membersihkan sisa kotoran. Kulitmu kini lebih segar dan bersih sentiasa.


 Rangkaian produk pelembap muka SAFI

 Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI 

 


80g- RM 8.90


Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!


Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI

 


80g- RM 8.90

Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!


Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI




16g-RM 7.40
Rumusan khas kini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantukulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!

Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia






























12 Comments

  1. Nice info.. Sy pun pengguna safi.. Tapi guna safi rania...sbb usia dh melebih 30...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. SAFI pastinya produk yang sangat bagus dan dipercayai ramaikan NH :)

      Delete
  3. banyak sungguh produk safi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu Mar, sesuai untu setiap lapisan usia kan :)

      Delete
  4. wah safi dah keluarkan formula barunya. Nanti nak try lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah cik T, SAFI ni mudah nak dapatkan di mana-mana sahaja kan :)

      Delete
  5. Aida pengguna safi rania gold :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah aida, kak ana pun pengguna Safi Rania Gold

      Delete
  6. Ade cdgan utk kulit y berjerawat dan berminyak pkus pulak sensitif sesuai pkai safi y mne yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak AJ juga bermasalah jerawat menggunakan Safi Sari Gamat dengan Habbatus Sauda setakad ni berkesan menghilangkan jerawat dan parutnya, cuma mengambil masa juga lah suzulaika

      Delete